Harian Metro

Jaga fokus ibadah

- Oleh Samadi Ahmad am@hmetro.com.my

Fokus pada ibadah haji selama 40 hari ketika berada di Tanah Suci Makkah dan tidak mempromosi­kan barangan perniagaan di depan Kaabah.

Itu nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal) Agama, Datuk Idris Ahmad yang menyaranka­n jemaah haji memberi tumpuan kepada ibadah dan tidak melakukan perkara sebaliknya.

Menurutnya, tempat berdoa paling mustajab adalah di depan Kaabah dan jemaah dinasihati mengambil peluang memohon doa kepada Allah SWT dan bukan melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga mengganggu ibadah pihak lain.

“Saya sering berpesan kepada diri dan orang lain ketika hendak melakukan ibadah haji perlu mempersiap­kan diri dengan ilmu yang tinggi.

“Kos perbelanja­an untuk mengerjaka­n haji ketika ini juga sudah meningkat dan jemaah perlu memanfaatk­an peluang dengan menghindar­i perkara tidak sepatutnya,” katanya selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Kompleks Islam Putrajaya di sini, semalam.

Idris berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung video berdurasi 43 saat di Tik Tok yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita mempromosi produknya di depan Kaabah di Tanah Suci.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Pada program berkenaan Idris turut menyampaik­an APC kepada 148 kakitangan di bawah jabatannya membabitka­n 98 kakitangan Jakim, 42 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), lima Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji (Jawhar) dan tiga kakitangan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutua­n (Japens).

“Jemaah perlu memanfaatk­an peluang dengan menghindar­i perkara tidak sepatutnya Idris

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia