Harian Metro

Tangguh program TV

-

Kuala Lumpur: “Saya tak nak masuk TV buat masa ni. Maaf sangat (so sorry).”

Itu mesej terakhir Allahyarha­mah Adibah Noor ketika komposer dan penulis lirik, Chevy Amry bertanya kelapangan masanya pada 19 Jun untuk terbabit dalam rakaman program Muzik Muzik 37.

Jemputan itu diterima bagi tujuan mempromosi­kan lagu Kecurigaan yang sempat dirakamkan Adibah dan diterbitka­n pada 24 Januari lalu selepas menyertai program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Chevy Amry juga komposer lagu Kecurigaan berkata, siapa sangka, tarikh 19 Jun juga adalah hari pengebumia­n Adibah.

“Sebenarnya sudah beberapa kali kami dapat jemputan program seperti Muzik Muzik 37 dan Borak Kopitiam untuk promosi lagu, tapi dia cakap tidak bersedia untuk masuk TV. Di situ, kami syak dia sakit.

“Dia teruja ketika kami mahu melancarka­n lagu ini kerana ia berpotensi besar tapi kebelakang­an ini banyak jemputan dia tolak. Bila lihat gambar terbaharun­ya, nampak dia semakin cengkung, rupanya dia tidak sihat,” katanya.

Menurut Chevy, proses rakaman yang dijalankan pada 13 November tahun lalu itu adalah kali terakhir dia bertemu dengan arwah.

 ?? ?? CHEVY Amry (kanan) bersama Allahyarha­mah Adibah Noor ketika proses rakaman lagu Kecurigaan.
CHEVY Amry (kanan) bersama Allahyarha­mah Adibah Noor ketika proses rakaman lagu Kecurigaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia