Harian Metro

Tabah upah RM200

Ibu tunggal retak tulang pinggul kupas ikan bilis sara dua anak

- Oleh Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Walaupun retak tulang pinggul akibat kemalangan, namun seorang wanita tetap tabah mencari rezeki mengopek ikan bilis dengan bayaran hanya RM200 sebulan.

Wanita malang terbabit, C Makesvary, 39, berkata, pendapatan sebanyak itu menyebabka­n dia dan dua anak kerap mengikat perut atau hanya mejamah nasi berlaukkan telur goreng.

Dia yang menyewa di Taman Jimah Jaya di sini, memberitah­u sering terputus bekalan makanan selepas terbabit kemalangan jalan raya Oktober tahun lalu.

Nahas itu menyebabka­n saya perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, kerana tulang pinggul retak, sekali gus membataska­n pergerakan­nya.

“Akibat kemalangan itu pinggul saya terpaksa dimasukkan enam besi. Justeru itu, saya mengambil keputusan mengambil upah mengopek ikan bilis untuk menyara keluarga,” katanya yang ditemani anaknya, S. Darvin, tiga tahun dan M.Dhaniyalax­mi, 15.

Katanya, pekerjaan berkenaan sedikit sebanyak mengurangk­an beban perbelanja­an mereka sekeluarga walaupun pada hakikatnya ia tidak mencukupi.

“Saya ada menerima bayaran pencen mendiang suami daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) RM500 sebulan namun ia digunakan untuk membayar sewa rumah.

“Selain itu, saya masih perlu membayar bil air RM343 dan bil elektrik RM741 yang tertunggak sejak lapan bulan lalu.

“Bagaimanap­un saya bersyukur ada juga jiran membantu menghulurk­an makanan. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menyusahka­n sesiapa termasuk keluarga yang turut terkesan ekonomi akibat Covid-19,” katanya yang menerima sumbangan keperluan harian daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9) semalam.

Sementara itu, Pengerusi Perkasih N9, Norfadilah Mansor berkata, orang ramai yang ingin membantu serta menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i terus Makesvary di talian 011-73578660.

 ?? ?? NORFADILAH (kanan) berkunjung ke kediaman Makesvary di Taman Jimah Jaya, Chuah, Port Dickson. - Gambar NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
NORFADILAH (kanan) berkunjung ke kediaman Makesvary di Taman Jimah Jaya, Chuah, Port Dickson. - Gambar NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia