Harian Metro

MPB serah RM141k bantu 706 mangsa bah

-

Kuala Terengganu: Media Prima Berhad (MPB) menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima meneruskan tradisi menyantuni golongan yang memerlukan dengan menyalurka­n bantuan wang tunai berjumlah RM141,200 kepada 706 keluarga mangsa banjir yang terkesan di negeri ini.

Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali berkata, MPB sangat aktif dengan aktiviti program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) seperti membantu mereka yang dilanda musibah dan bantuan perubatan kepada golongan yang kurang berkemampu­an.

Menurutnya, aktiviti CSR dapat dilaksanak­an dengan sokongan kuat orang ramai melalui sumbangan kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima di mana ratusan ribu rakyat Malaysia menerima manfaat daripada sumbangan berkenaan.

“Bagi pihak MPB, saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada penyumbang yang memberi kepercayaa­n kepada kami untuk terus membantu dan menyalurka­n sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“MPB sentiasa beriltizam untuk menyumbang bakti kepada pemegang taruh yang memerlukan dan kami berharap usaha serta serahan sumbangan ini dapat meringanka­n beban mereka yang terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Tunai Mangsa Banjir kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu di Wisma Negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan

Pengarah JKM Terengganu, Mazura Ngah Abd Manan.

Sementara itu, Mazura berkata, pihaknya menzahirka­n rasa bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan, sekali gus dapat meringanka­n beban mereka yang terjejas.

“Bagi pihak JKM, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dalam Tabung Bencana NSTP-Media Prima.

“Melalui sumbangan ini, ia banyak meringanka­n beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan teruk pada banjir di Terengganu, awal tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, petani, Ramzan Mamat, 60, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu berkata, dia sangat bersyukur dengan sumbangan yang diberikan.

“Memang tidak sangka akan dapat sumbangan lagi memandangk­an kejadian banjir sudah lama berlaku. Saya berterima kasih kepada MPB dan penyumbang tabung ini atas keprihatin­an membantu kami,” katanya.

 ?? ?? DR Syed Hussian (empat dari kanan) bertanya khabar dengan penerima bantuan mangsa banjir pada Majlis Penyerahan Baucar Tunai Mangsa Banjir kepada JKM Terengganu, semalam. - Gambar NSTP/GHAZALI KORI
DR Syed Hussian (empat dari kanan) bertanya khabar dengan penerima bantuan mangsa banjir pada Majlis Penyerahan Baucar Tunai Mangsa Banjir kepada JKM Terengganu, semalam. - Gambar NSTP/GHAZALI KORI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia