Harian Metro

Siasat punca tujuh motosikal rentung di parkir flat

-

Tiga motosikal musnah 100 peratus, baki motosikal lain musnah antara 10 hingga 70 peratus

Gombak: Sebanyak tujuh motosikal yang parkir di kawasan letak kenderaan Flat Taman Samudera di sini, musnah dalam kebakaran pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.25 pagi.

“Kebakaran membabitka­n deretan motosikal diletakkan di kawasan parkir terbabit.

“Kebakaran itu berjaya dipadamkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan mendapati tiga motosikal musnah 100 peratus, manakala baki motosikal lain musnah antara 10 hingga 70 peratus.

“Kebakaran berkenaan tidak membabitka­n struktur bangunan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. “Operasi tamat jam 6 pagi dan berhubung punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN motosikal yang terbakar di kawasan tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera, Gombak.
KEADAAN motosikal yang terbakar di kawasan tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera, Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia