Harian Metro

PM doakan Agong dikurniaka­n keafiatan

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dikurniaka­n kesembuhan segera.

“Didoakan jua semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniaka­n keafiatan yang berpanjang­an untuk terus menaungi negara. Dirgahayu Tuanku,” katanya dalam catatan di Facebook beliau semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataann­ya kelmarin memaklumka­n Seri Paduka sedang menjalani pemeriksaa­n serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki.

Bagaimanap­un, kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbang­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia