Harian Metro

Masih kuasa KDN

- Oleh Amir Abd Hamid amir_hamid@mediaprima.com.my

Tanggungja­wab saringan keselamata­n pekerja asing ke negara ini masih di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) biarpun secara dasarnya pengambila­n pekerja asing kini di bawah Kementeria­n Sumber Manusia (KSM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, KSM kini menentukan kuota pengambila­n pekerja asing yang dahulu di bawah bidang kuasa KDN.

“Secara dasarnya pengambila­n pekerja asing kini di bawah KSM.

“Namun penapisan keselamata­n masih dilakukan oleh KDN dahulu, kini dan selamanya,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Kontrak Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, saringan keselamata­n itu penting supaya agensi di bawah KDN mampu memantau keberadaan pekerja asing terbabit di negara ini.

“Jika seseorang pekerja asing itu nak masuk negara kita, kita akan buat saringan tertentu. Kalau (majikan) dah dapat kuota (bawa masuk pekerja asing), dia nak bawa masuk 100 orang sebagai contoh, dia masih perlu bayar levi kepada Jabatan Imigresen.

“Kemudian kita periksa individu yang akan dibawa masuk itu dan mendapati bahawa ada antaranya disenarai hitam, jadi kita tak bagi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS),” katanya.

Hamzah berkata, bagi sektor pengawal keselamata­n dan pembantu rumah, ia masih di bawah tanggungja­wab KDN.

“Sektor agensi kawalan keselamata­n masih di bawah tanggungja­wab KDN, ia tiada kuota, jadi tidak perlu ke KSM sebab kita yang mengeluark­an lesen.

“Satu lagi ialah pembantu rumah. Orang tanya kenapa pembantu rumah tidak diserahkan kepada KSM, ia sebenarnya tanggungja­wab individu,” katanya.

 ?? ?? HAMZAH mencuba mesin imbasan tangan tanpa sentuh ketika melawat Pameran Teknologi NIISe, semalam.
HAMZAH mencuba mesin imbasan tangan tanpa sentuh ketika melawat Pameran Teknologi NIISe, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia