Harian Metro

Ibu dapat ganti rugi RM302,800

-

Putrajaya: Ibu kepada pekerja kilang Kamarulniz­am Ismail yang meninggal dunia di penjara lapan tahun lalu akan mendapat ganti rugi sebanyak RM302,800 selepas kerajaan menarik balik permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutua­n.

Peguam M Visvanatha­n yang mewakili Rahaya Salleh, ketika dihubungi berkata, kerajaan memfailkan notis pemberhent­ian permohonan kebenaran merayu pada 17 Jun lalu.

Permohonan kebenaran merayu itu sepatutnya didengar di Mahkamah Persekutua­n semalam.

Visvanatha­n berkata, berikutan penarikan balik permohonan kebenaran merayu oleh kerajaan, keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan ganti rugi RM302,800 kepada Rahaya kekal.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu membayar faedah serta kos sebanyak RM36,000 untuk prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutua­n.

Pada 7 Julai tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M Gunalan memberikan Rahaya award sebanyak RM250,000 sebagai ganti rugi am untuk kecuaian dan RM40,800 untuk tanggungan tuntutan, RM10,000 sebagai ganti rugi khas dan RM2,000 untuk perbelanja­an pengebumia­n.

Semasa menyampaik­an keputusan Mahkamah Rayuan, Ahmad Nasfy berkata, Kamarulniz­am, 39, diletakkan di bawah reman dari satu lokap ke lokap yang lain dan melalui proses soal siasat yang panjang oleh pasukan penyiasat berbeza.

Beliau berkata, Kamarulniz­am didakwa pada 4 Mac 2014 dan dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan dimasukkan ke dalam lokap sebelum dibawa ke penjara Tapah sehari kemudian.

Ahmad Nasfy berkata, keadaan kesihatan Kamarulniz­am merosot dan tiada seorang pun dalam pasukan polis yang mempedulik­an perkara berkenaan.

Beliau berkata, penyakit radang paru-paru Kamarulniz­am tidak mungkin berlaku dalam tempoh semalaman dan dia juga tidak mendapat perhatian dari segi perubatan.

Dilaporkan Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhka­n hukuman denda RM800 atau penjara 14 hari terhadap Kamarulniz­am selepas dia mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1957 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Kamarulniz­am, yang bekerja di sebuah kilang gula di Pulau Pinang, memilih untuk menjalani hukuman penjara kerana memerlukan wang itu untuk memperbaik­i kereta meskipun bapanya hadir di mahkamah untuk membayar denda.

Kamarulniz­am didakwa pada 4 Mac 2014 dan mengaku salah terhadap pertuduhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia