Harian Metro

Sedia disiasat SPRM

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Irwan Shafrizan Ismail am@hmetro.my

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahka­n tidak menerima sebarang sumbangan dana politik atau wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ahli Parlimen Rembau berkenaan menegaskan beliau tidak pernah menerima apa-apa sumbangan secara peribadi seperti mana yang dilaporkan, namun bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil mana-mana pihak termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tidak pernah menerima apa-apa wang dalam kes tersebut dan dalam perkara ini jika dipanggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan, saya bersedia beri kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi dialog Menteri Kesihatan sempena Persidanga­n Pengarah-Pengarah Hospital Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), di sini, semalam.

Sabtu lalu, SPRM memaklumka­n akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang dalam perbicaraa­n kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahka­n sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit yang tersenarai dalam satu lejar seperti yang dikemukaka­n di mahkamah dalam perbicaraa­n berkenaan.

Ahmad Zahid mula dibicaraka­n pada 18 November 2019 atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a berkaitan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Seorang saksi sebelum ini memberitah­u Mahkamah Tinggi bahawa UKSB memberi dana sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2018.

Bekas pengurus pentadbira­n UKSB David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian ketika pemeriksaa­n balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid ketika lejar syarikat itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraa­n kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN).

Selain Muhyiddin, antara ahli politik lain yang disebut namanya sepanjang prosiding ialah Khairy, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.

“Saya tidak pernah menerima apa-apa wang dalam kes tersebut Khairy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia