Harian Metro

Pisau buatan Matt Der laris menjelang Aidiladha

-

Kuala Berang: Kedatangan Aidiladha tidak lama lagi memberi limpahan rezeki kepada seorang tukang pisau apabila tidak menang tangan untuk menyiapkan bilah-bilah pisau yang ditempah pelanggan.

Lokman Nor Hakim Sukry, 24, dari Kampung Kuala Menjing, di sini, berkata setakat ini dia menerima kira-kira 300 tempahan pisau pelbagai jenis berharga antara RM80 hingga RM1,200 seunit bergantung kepada jenis besi, ukuran dan model yang dikehendak­i pelanggan.

Menurutnya, sambutan terhadap tempahan pisau akan meningkat menjelang Aidiladha apabila orang ramai mahu menggunaka­n untuk menyembeli­h ternakan korban.

“Hingga kini sudah 300 unit pisau ditempah dan bagi menyiapkan semua tempahan saya akan memulakan operasi bengkel seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.

“Namun, untuk menyiapkan banyak tempahan adakalanya saya terpaksa menyambung kerja hingga jam 10 malam dan dalam sehari biasanya saya bersama dua pekerja mampu menyiapkan lapan hingga 10 bilah pisau,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Matt Der dalam kalangan peminat pisau dan penduduk kampung.

Matt Der berkata, dia menghasilk­an lebih 10 jenis pisau antaranya golok kebun, bilah sembelih, bilah lapah, golok tulang dan kapak yang ditempah pelanggan dari seluruh negara termasuk negara jiran Brunei dan Indonesia.

Katanya, banjir besar yang melanda daerah Hulu Terengganu pada hujung Februari lalu meninggalk­an kesan kepada perusahaan pisau yang diusahakan­nya sejak lebih tiga tahun lalu.

“Akibat banjir, perusahaan membuat pisau terjejas teruk dan saya hanya memulakan kerja membuat pisau sejak awal bulan ini selepas menaik taraf dan membaiki alatan pertukanga­n yang rosak dilakukan.

“Saya bersyukur kerana perayaan Aidiladha inui membuka limpahan rezeki,” katanya memaklumka­n pisau tempahan pelanggan akan dipos kerana kebanyakan pembeli dari luar Terengganu.

Menceritak­an pengalaman terbabit dalam pembuatan pisau pada usia muda, Lokman berkata, dia bermula sebagai pengumpul pisau sebelum mengambil keputusan untuk mendalami ilmu pembuatan pisau.

“Saya melawat banyak bengkel membuat pisau di seluruh negara dan akhirnya saya berguru dengan seorang pembuat pisau di Kampung Setol Patah, Marang selama dua tahun.

“Bermula dari situ saya terbabit secara langsung dalam pembuatan pisau dan kemahiran yang ada saya curah kepada pekerja bengkel ini,” katanya.

 ?? ?? LOKMAN tekun menyiapkan pisau tempahan pelanggan.
BELAJAR membuat pisau selama dua tahun di Kampung Setol Patah, Marang.
LOKMAN tekun menyiapkan pisau tempahan pelanggan. BELAJAR membuat pisau selama dua tahun di Kampung Setol Patah, Marang.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia