Harian Metro

Warga emas, pesakit kronik disaran ambil dos penggalak kedua

-

Petaling Jaya: Golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta individu berpenyaki­t kronik digalakkan untuk mendapatka­n dos penggalak kedua bagi meningkatk­an imuniti mereka dalam mencegah dijangkiti Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana dijangka berlakunya pasang surut kes Covid-19 dan kemungkina­n negara ini dilanda gelombang baharu dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

“Sejauh mana gelombang itu atau sebesar mana gelombang itu kita tidak pasti tetapi berdasarka­n perkembang­an epidemiolo­gi negara-negara lain menyatakan gelombang jangkitan itu akan berlaku.

“Sebab itu dalam kategori tertentu, mereka yang berusia dan mengalami masalah kesihatan yang kronik digalakkan untuk top up imuniti mereka melalui penambahan dos vaksin,” katanya selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidanga­n Pengarah-Pengarah Hospital Kementeria­n Kesihatan (KKM), di sini, semalam.

Khairy berkata, setakat kelmarin, seramai 107,844 orang di Malaysia telah menerima suntikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 dan 57,834 daripada jumlah itu terdiri dalam kalangan individu berusia 60 tahun ke atas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia