Harian Metro

Sistem pembayaran kekal jadi medium phishing

-

Kuala Lumpur: Sistem pembayaran kekal menjadi medium yang paling disasarkan percubaan pancingan data kewangan atau phishing di Malaysia dengan Mac 2022 mencatatka­n pengesanan ancaman tertinggi pada 41.09 peratus, kata Kaspersky.

Syarikat keselamata­n siber global itu berkata, Februari 2022 menyaksika­n penjenayah siber yang mencuba untuk menganiaya mangsa menerusi perbankan, sistem pembayaran dan membeli-belah dalam talian adalah pada 52.43 peratus, hanya 1.57 peratus lebih rendah daripada keseluruha­n rantau Asia Tenggara dari segi percubaan pancingan data berkaitan kewangan.

“Peratusan itu adalah daripada data tanpa nama berdasarka­n cetusan daripada komponen penentu dalam sistem Anti-Pancingan Data Kaspersky pada komputer pengguna,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, komponen itu mengesan semua halaman yang mempunyai kandungan pancingan data yang cuba dibuka pengguna dengan mengikuti pautan dalam mesej e-mel atau pada laman sesawang selagi pautan ke halaman ini terdapat dalam pangkalan data Kaspersky.

Ia berkata, percubaan pancingan data perbankan dan sistem pembayaran mungkin lebih rendah sejak 1 April 2022.

“Ini bermula ketika pembukaan semula sempadan Malaysia kepada pengembara antarabang­sa serta bagi rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara tanpa perlu kuarantin,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya percubaan pancingan data membeli-belah dalam talian meningkat pada April kepada 8.67 peratus dengan kemungkina­n ramai yang meneliti tawaran dalam talian yang mungkin menjanjika­n cabutan bertuah.

Ia berkata, bahawa pancingan data kekal sebagai helah paling berkesan digunakan penjenayah siber memandangk­an ia cara yang biasa untuk menceroboh ke dalam rangkaian pengguna atau syarikat dengan memainkan emosi pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia