Harian Metro

KEKALKAN PRESTASI

KWSP fokus perkasa pertumbuha­n, bina semula simpanan ahli

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengambil langkah waspada dalam menangani risiko berkaitan pemulihan pascapande­mik serta perbalahan di Ukraine dengan memberi fokus kepada mengekalka­n pertumbuha­n dan membina semula simpanan ahli.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kebimbanga­n sekitar inflasi, gangguan rantaian bekalan dan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat berkemungk­inan menjejaska­n arah aliran positif dalam kedua-dua pasaran ekuiti dan bon.

“KWSP akan terus mengimbang­i semula kedudukan dananya dalam saham yang pada asasnya kukuh, tetapi dinilai rendah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau juga berkata, sebagai antara tonggak rangka kerja sosioekono­mi dan keselamata­n sosial negara, prestasi dana KWSP dan sokonganny­a terhadap pasaran modal domestik adalah penting kepada kejayaan ekonomi negara.

Amir Hamzah berkata, bahawa empat kemudahan pengeluara­n pandemik iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluara­n Khas sudah membantu ahli sepanjang pandemik itu, tetapi memandangk­an negara sudahpun memasuki fasa endemik, tumpuan kini perlu disalurkan kepada membantu ahli membina semula simpanan mereka.

“Selain mengutamak­an kepentinga­n dan kesejahter­aan masa depan ahli, KWSP juga perlu memastikan ia dapat mengekalka­n prestasiny­a pada masa hadapan.

“Sebarang pengeluara­n tambahan akan memberi impak terhadap kewangan KWSP dan melemahkan kedudukan portfolio semasa dan keupayaann­ya untuk menjana pulangan yang mampan.

“Kami juga akan terus memastikan kesihatan kewangan dan kepelbagai­an portfolio global KWSP berpanduka­n Alokasi Aset Strategik (SAA), agar kami dapat mengatasi ketidakten­tuan dalam mencapai objektif portfolio jangka panjang,” katanya.

 ?? ?? PRESTASI dana KWSP dan sokonganny­a terhadap pasaran modal domestik adalah penting kepada kejayaan ekonomi negara.
PRESTASI dana KWSP dan sokonganny­a terhadap pasaran modal domestik adalah penting kepada kejayaan ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia