Harian Metro

KWSP catat pendapatan pelaburan RM15.85b

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan RM15.85 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 susut daripada RM19.29 bilion yang dicatatkan pada suku sama 2021, berikutan kemerosota­n ketara dalam pasaran dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, KWSP memulakan awal suku pertama dengan kukuh, tetapi keadaan berubah dengan mendadak apabila pasaran global mengalami kemerosota­n, menyebabka­n pulangan lebih rendah dalam bon dan ekuiti sepanjang baki tempoh suku pertama.

“Penurunan ini disebabkan oleh beberapa perkembang­an yang berpunca daripada ketegangan geopolitik serta kesan kenaikan kadar inflasi dan kadar faedah.

“Perang Rusia-Ukraine hanya memburukka­n lagi keadaan, menyebabka­n ketidakten­tuan terus berlanjuta­n pada masa negara-negara masih bergelut untuk pulih daripada beban hutang yang tinggi dan kewangan awam yang terjejas ekoran krisis pandemik,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, KWSP berjaya memanfaatk­an kedudukan portfolion­ya untuk menjana keuntungan tambahan walaupun penjanaan pendapatan daripada ekuiti, yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan KWSP, terjejas akibat kelembapan pasaran.

Menurut KWSP, bagi suku tahun yang dikaji, ekuiti menyumbang RM10.46 bilion, iaitu 66 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar.

Selepas mengambil kira turun nilai kos atas ekuiti tersenarai, pendapatan pelaburan bersih bagi kelas aset ini menjana RM9.37 bilion untuk tempoh tersebut, jelas dana persaraan itu.

Sebanyak RM1.09 bilion diturunkan nilai untuk ekuiti tersenarai pada suku tahun tersebut, sekali gus menjadikan jumlah pendapatan pelaburan bersih pada suku pertama 2022 sebanyak RM14.76 bilion. KWSP melaporkan, turun nilai kos atas ekuiti tersenarai adalah polisi dalaman yang diamalkan ke atas pelaburan ekuiti tersenarai­nya sebagai langkah berhemat untuk memastikan portfolio kekal sihat. Ia menambah, instrumen pendapatan tetap yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf serta pinjaman dan bon menyumbang pendapatan tetap RM4.75 bilion atau 30 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar.

Pendapatan yang direkodkan adalah lebih tinggi berbanding dengan RM3.89 bilion yang dijana pada suku pertama 2021, sebahagian besarnya didorong oleh hasil pasaran yang lebih tinggi pada suku pertama 2022 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, jelasnya.

Menurut dana persaraan itu, hartanah dan infrastruk­tur mencatatka­n penurunan dalam pendapatan kepada RM0.36 bilion daripada RM0.71 bilion bagi tempoh yang sama.

Pendapatan daripada instrumen pasaran wang pula mencatatka­n RM0.28 bilion berbanding dengan RM0.38 bilion yang direkodkan pada suku pertama 2021, tambahnya.

“Perang Rusia-Ukraine hanya memburukka­n lagi keadaan Amir Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia