Harian Metro

26,480 unit kenderaan UMWT terjual Mei lalu

-

Kuala Lumpur: Jualan automotif Kumpulan UMW meningkat empat peratus tahun ke tahun pada Mei 2022 berikutan UMW Toyota Motor (UMWT) dan Perodua mencatatka­n jualan yang baik.

Ia dapat dilihat melalui penjualan sebanyak 26,480 unit bagi Mei 2022 berbanding 25,568 unit pada Mei 2021 walaupun tempoh hari bekerja yang lebih singkat disebabkan cuti Hari Raya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, UMWT dan syarikat bersekutun­ya, Perodua tetap terus memenuhi buku pesanan tertunggak yang menggalakk­an dengan menyaksika­n UMWT mencatatka­n jualan sebanyak 7,579 unit, manakala Perodua sebanyak 18,901 unit pada Mei 2022.

“Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlaris pada Mei. Bagi lima bulan pertama 2022, UMWT mencatatka­n jualan sebanyak 36,972 unit, sembilan peratus lebih tinggi berbanding 34,026 unit dalam tempoh yang sama pada 2021.

“UMWT menyasarka­n jualan kenderaan sebanyak 73,000 unit pada 2022 dan sehingga Mei, ia telah mencapai 51 peratus daripada sasaran jualannya tahun ini.

“Bagi mengukuhka­n lagi buku pesanan, UMWT menawarkan promosi istimewa bagi pembelian Vios dan Yaris sebagai sebahagian daripada kempen jualan pertengaha­n tahun,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, menurutnya, bagi lima bulan pertama 2022, Perodua mencatatka­n jualan sebanyak 106,179 unit, 10 peratus lebih tinggi daripada 96,281 unit dijual pada tempoh yang sama tahun lalu.

Setakat ini, Perodua telah mencapai 43 peratus daripada sasaran jualannya sebanyak 247,800 unit pada 2022, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia