Harian Metro

Labur RM1.1b dalam 5 tahun

Radiance Agrotech bangun ekosistem segmen bekalan daging lembu untuk penuhi permintaan

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Radiance Agrotech Sdn Bhd berada di landasan tepat untuk membangunk­an ekosistem lengkap segmen bekalan daging lembu untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dengan memperuntu­kkan pelaburan berjumlah RM1.1 bilion bagi tempoh lima tahun.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Dr Mohd Ezman Zamani berkata, berikutan kekurangan bekalan dan Malaysia terpaksa bergantung dengan 78 peratus daging lembu import, pihaknya optimis untuk menjadi antara pemain utama dalam memastikan bekalan daging lembu segar di negara ini mencukupi.

Beliau berkata, melalui pelaburan yang diterima daripada pelabur tempatan dan antarabang­sa, Radiance Agrotech akan membina ladang ternakan berskala besar di Tanjung Malim dan Tapah, Perak.

Katanya, pihaknya akan membawa masuk 18,000 lembu baka Brazil sebagai permulaan pada tahun ini.

“Menerusi projek yang sudah bermula secara berperingk­at ini, kami menjangkak­an bukan saja membantu meningkatk­an bekalan daging tempatan, malah dapat mengurangk­an harga sehingga 10 ke 20 peratus, memandangk­an semua proses dilaksanak­an Radiance Agrotech.

“Kami melihat harga pasaran daging lembu segar mampu berkurang sehingga 20 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, berbanding sekarang.

“Kami juga akan mewujudkan ekosistem lengkap di mana tiada lagi campur tangan orang tengah dalam usaha untuk memberi harga berpatutan kepada orang ramai dan menjual daging segar secara terus melalui kedai Redi Meat yang akan kami wujudkan di seluruh negara,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, ketika ini Radiance Agrotech sudah mempunyai ladang ternakan dan pusat penyembeli­han di Bangi, Selangor dan Labis, Johor.

Mohd Ezman berkata, Radiance Agrotech Sdn Bhd adalah anak syarikat Radiance Assets iaitu syarikat pelaburan patuh syariah dengan mandat melabur dan membina penyelesai­an inovatif yang mampan.

Beliau berkata, pengurusan Radiance Assets memiliki pendedahan meluas dalam pelbagai industri bermula dengan perniagaan tradisi seperti pertanian sehingga kepada penyelesai­an teknologi canggih iaitu analisis data raya dan kecerdasan buatan (AI) serta pembanguna­n teknologi kewangan (fintech).

 ?? ?? RADIANCE Agrotech akan membawa masuk 18,000 lembu baka Brazil sebagai permulaan pada tahun ini.
RADIANCE Agrotech akan membawa masuk 18,000 lembu baka Brazil sebagai permulaan pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia