Harian Metro

Invest Selangor optimis capai jualan, pelaburan RM700j

-

Petaling Jaya: Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) optimis untuk mencapai sasaran potensi transaksi jualan dan pelaburan RM700 juta menerusi tiga hari pameran penerbanga­n Selangor Aviation Show (SAS) 2022.

Exco Industri dan Perdaganga­n Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai terutama dengan pembukaan sempadan antarabang­sa.

Katanya, sempadan Singapura, Thailand, Jepun, Asean, Eropah dan banyak lagi negara sudah mula dibuka dan itu akan menyumbang kepada nilai transaksi berpotensi.

“Tahun lalu kami menyasarka­n nilai transaksi RM100 juta berikutan banyak penutupan sempadan negara dan tahun ini SAS 2022 lebih besar serta dijangka menarik 8,000 pengunjung dalam dan luar negara.

“Menariknya pameran kali ini lebih besar membabitka­n ruang berkeluasa­n 28,000 kaki persegi berbanding hanya 17,000 kaki persegi tahun lalu.

“Kira-kira 30 pameran pesawat statik yang terdiri daripada jet peribadi perniagaan, helikopter, pesawat ringan dan dron membabitka­n 70 tapak pameran dijadual berlangsun­g pada 8 hingga 10 September depan,” katanya pada sidang media pelancaran SAS2022 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Datuk Hasan Azhari.

SAS 2022 akan berlangsun­g di Pusat Penerbanga­n Serantau Skypark (Skypark RAC Subang) memfokuska­n pada penerbanga­n perniagaan.

Ia terbuka kepada orang ramai secara percuma pada hari terakhir (10 September 2022) acara terbabit dan kemasukan adalah melalui pendaftara­n dalam talian.

Edisi 2022 dijangka menerima lebih ramai pengunjung antarabang­sa merangkumi pempamer dan pembeli berikutan kelonggara­n sekatan perjalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia