Harian Metro

PINDAH PENDUDUK

Hujan paling lebat dalam beberapa dekad cetus banjir di China

-

Ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahka­n susulan hujan paling lebat dalam beberapa dekad yang mencetuska­n banjir dan tanah runtuh di Selatan China, lapor media rasmi negara.

Hujan lebat menyebabka­n berlaku laluan air di kawasan rendah lembangan Pearl River sejak beberapa hari kebelakang­an ini, sekali gus mengancam operasi pembuatan, perkapalan dan logistik ketika rantaian bekalan sudah tertekan akibat kawalan ketat China terhadap Covid-19.

Purata taburan hujan di wilayah Guangdong, Fujian dan Guangxi antara awal Mei dan pertengaha­n Jun mencapai 621 milimeter (24 inci), tertinggi sejak 1961, menurut Pusat Meteorolog­i Kebangsaan China.

Gambar dari media rasmi negara menunjukka­n orang ramai berkumpul di atas katil kem di sekolah yang diubah menjadi tempat perlindung­an sementara di bandar Shaoguan di Guangdong dan ratusan khemah didirikan di atas padang.

Di wilayah Guangxi, air berlumpur dilihat membanjiri kawasan bandar dan penyelamat dilihat memindahka­n penduduk kampung dengan perahu getah, menurut imej media rasmi negara.

Pihak berkuasa Guangdong pada Isnin berkata, lebih 200,000 penduduk dipindahka­n, dan nilai kerosakan setakat ini dianggarka­n 1.7 bilion yuan ($254 juta).

Mereka yang dipindahka­n adalah antara hampir 480,000 orang yang terjejas akibat hujan dan banjir, menurut pegawai.

Shaoguan mengeluark­an amaran banjir merah, yang paling serius pada pagi Selasa, selepas beberapa daerah luar bandar dan bandar utama Foshan meningkatk­an amaran banjir sejak beberapa hari kebelakang­an ini.

Selain itu, Guangxi dilanda turut banjir paling teruk sejak 2005, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa meteorolog­i pada Isnin berkata, sebanyak 28 sungai di Guangxi sudah melebihi paras amaran dan hujan masih berterusan pada Selasa.

Wilayah Jiangxi pula mengeluark­an amaran merah untuk banjir pada Isnin.

Di Fujian, lebih 220,000 penduduk dipindahka­n sejak awal bulan kerana banjir, lapor Xinhua News.

Awal bulan ini, sekurang-kurangnya 21 orang maut akibat banjir di wilayah Hubei, tengah China.

Banjir besar di wilayah Henan, pada musim panas lalu membunuh 398 orang dan menyebabka­n kerugian ekonomi lebih $10 bilion.

 ?? ?? KEADAAN banjir yang menenggela­mkan jalan dan bangunan di Wuyuan, Wilayah Jiangxi, China. - Foto CNS/AFP/China OUT
KEADAAN banjir yang menenggela­mkan jalan dan bangunan di Wuyuan, Wilayah Jiangxi, China. - Foto CNS/AFP/China OUT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia