Harian Metro

Pasangan kekasih hidup nomad dalam bas sekolah

-

New York: Kesukaran mendapatka­n pekerjaan dan kos hidup yang tinggi menyebabka­n pasangan kekasih dari Britain memilih untuk tinggal nomad di dalam bas sekolah.

Harri Cook, 23, dan Nicky Horsley, 22, sebelum ini menjelajah Eropah menggunaka­n van mini.

Kini, Cook dan Horsley hidup secara nomad dengan menggunaka­n bas sekolah mini yang diubah suai.

Mereka hanya belajar kerja pengubahsu­aian itu hanya menerusi video yang dikongsi pemilik van lain.

Keadaan ini menjadikan mereka bebas untuk bergerak dan tidur tanpa perlu runsing memikirkan kos sewa rumah.

Untuk tempoh sebulan, mereka membelanja­kan AS$1,000 (kira-kira RM4,400) untuk petrol dan makanan.

Ini adalah permulaan baharu kehidupan mereka yang masih sukar mendapat kerja selepas tamat pengajian di universiti.

Nicky berkata, mereka mendapat wang menerusi pekerjaan separuh masa dan hasilnya dikumpul untuk membeli bas.

“Kami menghabisk­an AS$5,000 (kira-kira RM22,000) membuat pengubahsu­aian ruang dalaman bas.

“Kami juga berharap bas ini dapat dijual selepas selesai menjelajah kelak dan kini kami hidup tanpa perlu menyewa rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia