Harian Metro

Demi sebatang pokok di laut

-

Demi sekeping gambar dan kandungan media sosial, pelancong sanggup bersesak untuk bergambar di depan sebatang pokok di Pulau Koh Khai Hua Roh di Thailand.

Pulau kecil itu sebenarnya hanya mampu menampung lima orang pada satu masa namun kini jumlah pengunjung meningkat mendadak.

Kerajaan Thailand kini sedang berusaha menyelamat­kan satu-satunya pokok di pulau berkenaan.

Pihak berkuasa memaklumka­n, pulau itu terletak di wilayah Trat hanya lebar beberapa meter dan ditampung sepenuhnya akar pokok berkenaan.

Namun, sejak beberapa bulan lalu, jumlah pengunjung meningkat dengan mendadak selepas gambar pokok di pulau itu dirakam seorang pelancong dan tular di Facebook.

“Pokok Xylocarpus rumphii sudah rosak kerana ada pelancong yang memanjatny­a untuk bergambar.

“Tindakan itu menyebabka­n

“Pokok Xylocarpus rumphii sudah rosak kerana ada pelancong yang memanjatny­a Pihak berkuasa

beberapa pohon sudah patah malah lebih parah akar pokok yang besar di atas batu dipijak berulang kali,” katanya.

Pengarah Pusat Pemulihara­an Koh Mak Tambon, Letrob Saithongpu berkata, beberapa dahan pada pokok itu juga sudah bengkok sejak beberapa tahun lalu.

Bagi memastikan kejadian ini tidak berlarutan, kerajaan Thailand melaksanak­an beberapa peraturan untuk mengelak pelancong memanjat pokok berkenaan.

Malah, jumlah pelancong juga akan dihadkan bagi mengelak kesesakan di atas pulau itu selain kunjungan hanya dibenarkan pada waktu tertentu saja.

 ?? ?? PULAU Koh Khai Hua Roh hanya memiliki sebatang pokok.
PULAU Koh Khai Hua Roh hanya memiliki sebatang pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia