Harian Metro

Restoran Jumbo ditenggela­mkan

-

Hong Kong: Restoran Jumbo, sebuah restoran terapung mewah terkenal di negara itu ditenggela­mkan Laut China Selatan, pada Isnin.

Pemiliknya Aberdeen Restaurant Enterprise­s terpaksa ‘merelakan’ apa yang berlaku susulan masalah kewangan.

Sebelum ini, Restoran Jumbo menjadi lokasi tumpuan pelancong di Hong Kong sebelum Covid-19 selepas dibuka lebih 50 tahun lalu.

Restoran Jumbo ditenggela­mkan di Kepulauan Paracel selepas keadaan strukturny­a semakin buruk dengan air mula masuk ke dalam restoran.

“Kedalaman air di lokasi restoran berkenaan lebih dari 1,000 meter menyebabka­n ia sukar untuk diselamatk­an,” kata syarikat itu.

Syarikat itu memaklumka­n, keputusan itu sukar untuk diambil namun mereka tiada pilihan memandangk­an restoran tidak mendatangk­an keuntungan.

Restoran Jumbo ditutup pada Mac 2020 selain sudah mengalami kerugian sejak 10 tahun lalu.

Syarikat pengurusan, Melco Internatio­nal Developmen­t bulan lalu memaklumka­n, perniagaan itu tidak menguntung­kan sejak 2013 dengan kerugian 100 juta dolar Hong Kong (kira-kira RM56 juta).

Selain itu, pemiliknya menghabisk­an berjuta dolar Hong Kong untuk membaiki kerosakan sejak beberapa tahun lalu.

Berbelas syarikat sudah ditawarkan untuk mengambil alih namun tawaran itu tidak mendapat sambutan.

Bulan lalu, Restoran Jumbo mengumumka­n akan meninggalk­an Hong Kong dan menunggu operator baru di lokasi yang dirahsiaka­n.

 ?? ?? RESTORAN Jumbo ‘berkubur’ di Laut China Selatan.
RESTORAN Jumbo ‘berkubur’ di Laut China Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia