Harian Metro

TINIE ‘SERIAU’

Penampilan dengan rambut panjang dorong sering terpilih main peranan dalam filem seram

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Kemunculan sulungnya menerusi filem 10

Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah milik Datuk Awie yang ditayangka­n menerusi Astro First pada 7 Januari tahun lalu ternyata membawa tuah.

Kini nama Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 27, tidak perlu diperkenal­kan lagi dalam kalangan peminat stesen TV tempatan.

Pengacara program Tumit Tinggi RTM yang memasuki musim ketujuh ini bersyukur namanya kini menjadi pilihan penerbit untuk membintang­i drama terbitan mereka.

“Selepas filem terbabit, saya banyak juga berlakon drama dan telefilem untuk beberapa stesen TV. Ada yang dah ditayangka­n kepada penonton.

“Tak ketinggala­n saya juga ditawarkan berlakon filem Jemputan Ke Neraka arahan Amor Rizan terbitan AN Universal. Ia sebuah filem seram dan paling mengujakan dikira filem pertama saya yang akan disiarkan di pawagam. Terkejut bila ditawarkan kerana rasanya saya masih baharu sekitar dua tahun berlakon,” katanya.

Tinie berkata, dia tertanya-tanya layakkah untuknya berlakon filem. Namun, dia mencuba kerana itu adalah rezekinya.

“Ia sama seperti saya berlakon 10 Tips Tipu Bini kerana rezeki banyak selepas itu. Saya pun tak sangka begini kesannya. Banyak juga yang saya belajar dalam Jemputan Ke Neraka dan terkejut juga saya boleh buat rupanya.

“Saya bersyukur kerana dah diberi peluang bawa pelbagai watak. Peranan saya dalam filem ini bukan antagonis sangat, tapi mempunyai mesej tersendiri. Nak kata babak saya susah sangat tak juga.

“Tapi, ada juga babak jatuh tangga, kena hentak, babak kena kelar leher dan sebagainya. Sesuatu yang lain yang pernah saya buat sebelum ini,” katanya.

Selepas tamat penggambar­an Jemputan Ke Neraka di Pulau Carey, Tinie kini berlakon filem seram Bangkitkan Aku Kembali terbitan Astro Shaw pula yang diadaptasi dari novel.

“Saya pegang watak Suri dan betul-betul jadi hantu. Saya perasan saya sekarang jadi pilihan untuk bawa watak hantu. Mungkin disebabkan bentuk rambut yang panjang dan hitam buat saya sesuai dengan watak ini.

“Selepas ini saya akan cuba berambut pendek supaya ada kelainan. Memang ada perancanga­n untuk tukar imej, tapi ada permintaan supaya kekalkan untuk ‘shooting’ dan saya kena ikut.

“Orang kata bila ‘look’ sama orang akan jemu, statik sahaja. Mungkin selepas ini saya cuba ‘look’ lain. Mana tahu dengan perubahan ini banyak peluang lain akan datang,” katanya.

 ?? ?? MASIH kekal mengacara program Tumit Tinggi.
MASIH kekal mengacara program Tumit Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia