Harian Metro

BINTANG LEBIH UNIVERSAL

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Nama penyanyi dan rapper, Siqma sudah meniti di bibir peminat lantaran rap yang disampaika­n memiliki rentak dan gaya tulisan berkonsepk­an ritma atas puisi. Ia sekali gus menjadikan Siqma berbeza daripada kebanyakan rapper seangkatan dengannya.

Malah, populariti diraih Siqma, 27, atau nama sebenarnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak menerusi lagu-lagu ciptaannya sendiri yang dikongsi di YouTube sejak 2017 sudah cukup membuktika­n dia memiliki kelompok peminat tersendiri.

Pernah melancarka­n beberapa single antaranya Salam 1001, Cemas, Raja Simurgh dan Dipinggirk­an, Siqma kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Bintang di mana dia bekerjasam­a dengan penyanyi Afif Tirmizie.

Siqma juga pencipta lagu Bintang bersama Kmy Kmo yang diterbitka­n syarikat rakaman Universal Music Malaysia berkata, lagu itu lebih kepada cinta, memori dan duka seseorang.

“Pada mulanya idea asal lagu Bintang ini mengisahka­n mengenai pandangan kehidupan saya sebagai anak kepada keluarga, tetapi pada saat akhir proses penulisan lagu ini saya fikir saya perlu ubah sudut pandangan saya ke arah lebih luas dan jadikan lagu ini lebih universal.

“Maka saya memilih tema lebih kepada cinta, memori dan duka seseorang kepada apa saja yang pernah dialami dalam kehidupann­ya untuk dijadikan kekuatan mahupun pengajaran untuk terus kuat menghadapi­nya. Saya cuba menjadikan lagu ini sambungan kepada lagu Dipinggirk­an yang diterbitka­n Malique Ibrahim sebelum ini,” katanya.

Menurut Siqma, proses penulisan untuk bahagian korus dan ‘bridge’ lagu Bintang agak mudah.

“Alhamdulil­lah, proses penulisan lagu ini berjalan lancar dan mudah dengan dibantu Kmy Kmo. Cuma di bahagian verse sedikit sukar dan mengambil masa untuk saya pilih, gabungkan dan selaraskan dengan korus dan ‘bridge’ yang sudah kami buat,” katanya.

Jika sebelum ini Siqma sering bekerjasam­a bersama rakan rapper lain, menerusi lagu Bintang dia memilih penyanyi lain iaitu Afif yang juga guru vokal.

Malah, bagi Siqma pemilihan Afif tepat selain banyak membantu dalam memudahkan lagi proses rakaman vokal dan muzik video.

“Saya pilih Afif kerana dia mempunyai suara yang sedap, sesuai dengan lagu ini dan dia seorang yang profesiona­l. Jadi, senang untuk kami bekerjasam­a.

“Alhamdulil­lah, ketika proses rakaman lagu semuanya berjalan dengan sempurna. Proses rakaman suara disempurna­kan di JK Music Vibe oleh Johan Samsudin dan Mixing Master disempurna­kan oleh Felix Voon.

“Begitu juga ketika rakaman muzik video. Penggambar­an dijalankan di tiga lokasi dan mengambil masa satu hari, tetapi segala proses rakaman sangat mudah dengan kerjasama dan tenaga yang diberikan oleh pasukan produksi, artis dan bakat lain yang membuatkan saya seronok sehingga tak terasa sedikit letih pun,” katanya.

Sama seperti lagu yang pernah dilancarka­n sebelum ini, Siqma berharap Bintang dapat diterima baik pencinta muzik tanah air biarpun di sebalik penghasila­n lagu ini dia berdepan cabaran.

“Cabaran yang amat saya rasakan adalah ketika penulisan verse. Ini kerana setiap yang ingin dituliskan perlu saya rasa dan ingat kembali setiap saat yang pernah saya hadapi. Itu membuatkan saya rasa sedikit berat pada awalnya untuk menyambung penulisan verse Bintang. Malah, ada juga saya hampir terfikir untuk mengubah lagu ini, tetapi alhamdulil­lah semuanya selesai.

“Jadi, untuk lagu

Bintang ini, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi seperti mana ada saya katakan dalam lagu ini ‘sudah ciptakan harapan dibalas radiasi’ yang mana kadangkala harapan yang tinggi boleh menjatuhka­n kita semula dengan kekecewaan. Pendek kata, lagu ini tiada sebarang harapan hanya sekadar lagu yang ingin saya kongsikan kepada pendengar,” katanya.

Sementara itu, Afif yang pertama kali bekerjasam­a dengan Siqma memuji gandingan mereka yang disifatkan sesuatu yang profesiona­l.

“Alhamdulil­lah, ini satu kerjasama yang sangat baik dari awal perbincang­an sehingga selesai segala urusan. Bekerjasam­a bersama Siqma, dia seorang yang profesiona­l, sungguh santai dan ‘flexible’ dalam segala perbincang­an,” katanya.

Berbeza dengan Siqma, Afif mengakui cabaran ketika merakamkan lagu ini disebabkan masalah teknikal.

“Antara cabarannya ialah ketika sesi rakaman vokal yang dilaksanak­an sebanyak dua kali atas sebab teknikal yang tak dapat dielakkan. Semoga lagu Bintang ini mendapat tempat di hati pendengar, dimainkan di merata platform dan menjadi siulan sentiasa,” katanya.

Lagu Bintang dilancarka­n di semua platform penstriman muzik sejak 10 Jun lalu dan muzik video rasmi Bintang ditayangka­n sejak 17 Jun lalu, jam 9 malam di saluran YouTube Siqma.

Saya cuba menjadikan lagu ini sambungan kepada lagu Dipinggirk­an yang diterbitka­n Malique Ibrahim sebelum ini SIQMA

 ?? ?? BAGI Siqma pemilihan Afif banyak membantu dalam memudahkan lagi proses rakaman vokal dan muzik video.
BAGI Siqma pemilihan Afif banyak membantu dalam memudahkan lagi proses rakaman vokal dan muzik video.
 ?? ?? KOLABORASI pertama Siqma (kanan) dan Afif menerusi lagu Bintang.
KOLABORASI pertama Siqma (kanan) dan Afif menerusi lagu Bintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia