Harian Metro

BUKAN HANYA ENAK

Kentang sumber khasiat bagi tumbesaran, komponen penting bagi perkembang­an otot

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@mediaprim.com.my

Baik pembuka selera, dihidangka­n bersama hidangan utama atau sup, kentang juga enak dijadikan sebagai snek.

Sama ada segar atau sejuk beku, kentang adalah bahan serba guna yang boleh memberi inspirasi kepada pelbagai jenis sajian.

Ini kerana ia kaya dengan nutrien selain mengandung­i lebih banyak tenaga berbanding sayuran popular lain.

Sebiji kentang bersaiz sederhana misalnya mengandung­i 26 gram karbohidra­t (sembilan peratus nilai harian) untuk membekalka­n tenaga kepada otot, otak dan protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot.

Di samping itu, kentang juga kaya vitamin C (30 peratus nilai harian) yang menjadikan­nya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun badan.

Istimewany­a mengenai kentang terutama yang ditanam di Amerika Syarikat (AS), ia mengandung­i kurang kalori berbanding keledek, keladi dan ubi kayu.

Menurut pakar runding diet, Indra Balaratnam, sebiji kentang bersaiz sederhana mengandung­i kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam.

“Menariknya kentang juga tidak mengandung­i kolesterol, garam mahupun lemak yang tidak baik untuk kesihatan badan.

“Kentang adalah sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikan­nya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga,” katanya.

Pakar diet sukan, Tania Lee berkata, kentang juga bermanfaat bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas.

Kata Tania, ia boleh memberi tenaga kepada badan dan pada masa sama menyokong prestasi dalam aktiviti sukan.

Katanya, karbohidra­t ialah pembekal tenaga penting bagi otot ketika bersenam serta proses pemulihan selepas sesi bersenam, ia juga dapat membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum.

“Kentang mengandung­i tiga gram protein setiap hidangan, ia sumber khasiat bagi tumbesaran dan komponen penting bagi perkembang­an otot, ligamen dan sendi.

“Kalium ialah mineral elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik, jadi menikmati sebiji kentang misalnya dapat membantu membekalka­n kira-kira 15 peratus daripada keperluan kalium harian dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana,” katanya.

Sementara itu, sempena Hari Pemakanan Sedunia baru-baru ini, pertubuhan pemasaran, Potatoes USA bersama 20 personalit­i berpengaru­h di media sosial menyediaka­n pelbagai sajian yang lazat dan menyelerak­an menggunaka­n kentang sebagai ramuan utama.

Acara berkenaan turut dihadiri Wakil Pasarannya, Eddie Saw dan Atase Pertanian Serantau, Perkhdimat­an Pertanian Asing, Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Timothy Harrison.

Pada acara terbabit,

Indra turut berkongsi resipi yang menyelerak­an dan berkhasiat menggunaka­n kentang iaitu mufin, kroket Feta dan pasli kentang, kerabu epal hijau bersama kentang serta kentang bakar.

 ?? ?? KENTANG kaya dengan nutrien selain mengandung­i lebih banyak tenaga.
KENTANG kaya dengan nutrien selain mengandung­i lebih banyak tenaga.
 ?? ?? ANTARA juadah enak daripada kentang.
ANTARA juadah enak daripada kentang.
 ?? ?? SAW (dari kiri), Tania, Indra dan Harisson bersama juadah enak yang dihasilkan daripada kentang.
SAW (dari kiri), Tania, Indra dan Harisson bersama juadah enak yang dihasilkan daripada kentang.
 ?? ?? ENAK dijadikan sebagai snek.
ENAK dijadikan sebagai snek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia