Harian Metro

SERLAH ELEGAN SI HAWA

Koleksi Hana Tajima bersama Uniqlo dengan ekspresi kegembiraa­n, nyaman serta ceria

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@mediaprima.com.my

Gaun seharusnya perlu menjadi pakaian sederhana bukan sahaja dapat menyerlahk­an sisi anggun, malah keberanian dan ikonik pemakai.

Demikian harapan pereka terkenal, Hana Tajima untuk koleksi terbaharun­ya bersama Uniqlo sempena musim bunga atau panas kali ini.

Koleksi gaun yang pertama kali ditampilka­n itu adalah ekspresi kegembiraa­n dan harapannya yang kini berpangkal­an di New York, Amerika Syarikat.

Menurut Hana, dia ingin menimbulka­n perasaan nyaman dan ceria kepada setiap wanita yang memakai rekaan terbaharun­ya itu.

“Perincian halus dan tekstur kain gaun itu beralun mengikut bentuk tubuh.

“Corak dan warnanya juga berpadu untuk menyerlahk­an penampilan yang menyegarka­n,” katanya.

Koleksi terbaharu Hana itu hadir dalam rekaan ringkas yang sederhana, namun pemilihan rona dan material fabriknya menyerlahk­an lagi gaya elegan wanita.

Untuk menceriaka­n lagi musim bunga/ panas kali ini, Hana turut menggunaka­n kombinasi rona cerah diinspiras­ikan alam semula jadi seperti biru tua, hijau dan putih.

Rekaan menarik itu sesuai digayakan untuk pakaian harian mahupun acara tidak formal ketika siang.

Hana berkata, dia menggemari kepelbagai­an rekaan gaun kamisol jersi panjang dan cara mereka merancang untuk menghasilk­annya.

Katanya, ia direka melengkung dan mampu menciptaka­n bentuk yang menarik serta meluaskan gerakan badan pemakai.

“Anda mungkin tidak dapat memperhati­kan perincian itu dengan hanya dengan melihatnya.

“Namun, selepas memakainya sendiri, barulah menyedari bahawa gaun berkenaan direka khusus untuk tubuh anda,” katanya.

 ?? ?? KOLEKSI gaun untuk gaya harian.
KOLEKSI gaun untuk gaya harian.
 ?? ?? REKAAN ringkas dan sederhana untuk wanita.
REKAAN ringkas dan sederhana untuk wanita.
 ?? ?? GAUN rona cerah berinspira­sikan alam semula jadi.
GAUN rona cerah berinspira­sikan alam semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia