Harian Metro

Jam tangan istimewa untuk ayah

-

Jika ditanya kepada manamana lelaki apa aksesori utama mereka, pasti jam adalah jawapan pertama.

Ia bukan lagi bertindak sebagai penunjuk masa sahaja, malah tidak keterlalua­n jika dikatakan bahawa jam tangan juga membawa simbol kepada status dan personalit­i seseorang.

Tidak hairan jika jenama dan keluaran terhad menjadi antara tarikan utama pemilihan jam dalam kalangan lelaki.

Jam tangan juga adalah pilihan terbaik untuk dihadiahka­n kepada seorang lelaki yang bermakna dalam hidup, tidak kira sempena meraikan pencapaian sesuatu, sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwina­n atau sambutan Hari Bapa.

Bagi yang masih mencari hadiah untuk

Hari Bapa, koleksi jam tangan terbaharu untuk lelaki daripada jenama Ice-Watch boleh dijadikan pilihan.

Hadir dalam tujuh rekaan sofistikat­ed, koleksi jam tangan

ICE steel itu memiliki keunikan gaya tersendiri untuk menyerlahk­an lagi personalit­i pemakai.

Ia adalah pilihan tepat untuk bapa moden yang mementingk­an gaya.

Antara rekaan yang boleh dijadikan pilihan adalah White Blue Red, Blue Red Racing, Orange Black, Grey Military, Black Yellow, Black Red dan Black Blue Red.

Kerangka koleksi jam itu bersaiz sederhana dan dengan teknologi Quartz Movement dan ketahanan air 10 ATM.

 ?? ?? KOLEKSI jam tangan menarik untuk si jejaka.
KOLEKSI jam tangan menarik untuk si jejaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia