Harian Metro

Peluang layak ke Piala AFC bukan mudah

-

Alor Setar: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syazwan Zainon mahu rakan sepasukann­ya membuktika­n kemampuan terbaik mereka dalam saingan Piala AFC yang akan bermula Jumaat ini.

Menurut pemain senior Kedah itu, peluang beraksi di peringkat Asia itu wajib diambil dengan sebaik mungkin oleh semua pemain kerana bukan mudah bagi mana-mana pasukan untuk layak mendapat tempat bagi mewakili negara ke peringkat berkenaan.

“Peluang layak ke Piala AFC bukan sesuatu yang mudah, jadi dengan peluang yang kita dapat ini kita, wajib memanfaatk­annya kerana ramai pemain idamkan beraksi di peringkat ini dan dalam Liga Malaysia pun ada yang tak mendapat peluang ke peringkat Piala AFC ini sejak memulakan karier hingga tempoh bersara.

“Jadi semua pemain terutama tempatan perlu ambil peluang yang terbaik di peringkat Piala AFC ini untuk buktikan kemampuan mereka kepada jurulatih kebangsaan dan juga jurulatih skuad muda atas kemampuan yang mereka ada.

“Peluang seperti inilah yang perlu digunakan untuk mereka (jurulatih) tengok dan menilai tahap kita kerana walaupun di peringkat liga domestik kita tidak ‘dilihat’, tapi di peringkat saingan AFC kita berpeluang untuk tunjukkan kemampuan kita,” katanya yang bersama pasukan ke Bali.

Syazwan berkata, beliau sedar tekanan tinggi bakal dihadapi setiap pemain KDA FC kerana saingan tiga kelab Asean lain iaitu Bali United FC, Kaya FC dan Visakha FC yang berada dalam kumpulan G pastinya tidak akan memberi laluan mudah buat Sang Kenari.

Peluang beraksi di peringkat Asia wajib diambil dengan sebaik mungkin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia