Harian Metro

Fadhil terkilan tak dapat sumbang emas

-

Kuala Lumpur: Jaguh 1 kilometer ujian masa negara, Fadhil Zonis mengakui terkilan tidak dapat menghadiah­kan emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) kelmarin apabila dia hanya dapat mempertaha­nkan perak.

Menurut pelumba kelahiran Selangor itu, hasratnya adalah untuk menghadiah­kan emas buat keluargany­a selepas genap tiga tahun arwah bapanya, Mohd Zonis Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada 20 Jun 2019.

Bagaimanap­un, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian berkenaan walaupun sedar ia bukan mudah untuk mempertaha­nkan perak dengan kehadiran pemenang emas 2020, Andrey Chugay, wakil tuan rumah, Ronaldo Singh Laitonjam dan jaguh Jepun, Yuta Obara.

“Alhamdulil­lah saya dapat menghadiah­kan perak buat pasukan Malaysia walaupun saya meletakkan sasaran meraih emas dalam acara ini di ACC. Hasrat saya tidak kesampaian dan saya tumpas kepada pelumba yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama dia juga berasa sangat letih selepas melalui dua perlumbaan intensiti tinggi sebelum itu bagi acara keirin dan pecut berpasukan.

 ?? ?? FADHIL (kiri) bergambar di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC).
FADHIL (kiri) bergambar di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia