Harian Metro

MSC tak gusar ahli ‘angkat kaki’

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC) tetap tenang menjalanka­n tugas sebagai entiti baharu sepak takraw negara walaupun ada ahli gabunganny­a mahu bertindak ‘mengangkat kaki’ meninggalk­an mereka.

Menurut Presiden MSC, Datuk Suhaili Abdul Rahman, beliau tidak gusar sekiranya perkara itu berlaku kerana mereka sememangya diiktiraf Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (Istaf) dan Persekutua­n Sepaktakra­w Asia (Astaf) sebagai badan induk tunggal sukan itu di negara ini.

“Siapa pengelola sukan sepak takraw di Malaysia? Kita (MSC)…jika mereka mahu keluar, nak ke mana? Nak pergi Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM)?” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kelmarin.

Sebelum ini ada ura-ura Persatuan Sepaktakra­w Negeri Kedah (Pestak) akan meninggalk­an MSC malah difahamkan tiada perwakilan dari badan berkenaan hadir ke EGM yang berlangsun­g di sebuah hotel di ibu negara.

“Perlu diingatkan MSC dapat surat kelulusan sebagai ahli Astaf dan Istaf, jadi kedudukan kami ketika ini sangat kuat sedangkan PSM yang ditubuhkan berpuluh tahun disingkirk­an daripada dua badan induk itu sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai pelantikan Dr Noor Azam Samsudin sebagai Setiausaha Agung MSC menggantik­an Timbalan Presiden Pestak, Syed Hussain Syed Abu Bakar, Suhaili tidak melihat itu sebagai satu isu berbangkit.

Beliau juga percaya Syed Hussain yang sebelum ini memegang jawatan itu secara sementara tidak berkecil hati dengan keputusan berkenaan.

“Sejak hari pertama lagi dia (Syed Hussain) tahu lantikan itu dan dia akui memang dia dilantik sementara malah dia di Kedah, kita pula di Kuala Lumpur dan semua mesyuarat di sini, jadi sukar baginya datang melainkan pada hujung minggu,” katanya.

 ?? ?? SUHAILI
SUHAILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia