Harian Metro

Siap siaga pakar perang hutan

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Kehebatan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) selaku pakar perang hutan wajar digeruni apabila pasukan elit berkenaan dilengkapi sistem persenjata­an moden.

Ia dibuktikan melalui Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, kelmarin membabitka­n hampir semua aset ketenteraa­n yang dimiliki TDM.

Antara menarik perhatian adalah penampilan aset terbaru TDM membabitka­n helikopter tempur MD530G buatan Amerika Syarikat yang dilengkapi sistem persenjata­an pelancar roket 70 milimeter (mm) dan gatling gun 7.62mm serta mesingan berat 12.7 mm.

Pesawat MD530G berperanan sebagai helikopter tempur ringan dengan kemampuan menggempur kenderaan perisai ringan dan trup infantri pada jarak 500 meter hingga tujuh kilometer selain melaksanak­an tugas tinjauan udara.

Segmen tembakan LKT 2022 membabitka­n aset Infantri, Mekanize, Armor, Artileri, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan Pesawat Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebanyak 644 pelbagai kenderaan tempur, kenderaan sokongan dan sistem persenjata­an termasuk PT 91M PENDEKAR, AV8 Gempita, AV 4 Lipan Bara, ACV 300 Adnan serta Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) turut digunakan.

Turut digunakan aset senjata lain seperti meriam berkaliber besar dan roket seperti Unit Lancar Berganda (ULB) Astros II, Meriam 155 MM G5 MK III, Meriam 105 MM PH L5, Anti-Tank Guided Missile (ATGM) INGWE, BAKTAR SHIKAN, Mortar 120MM dan 81MM serta Rocket-Propelled Grenade

(RPG-7 40MM).

Turut digunakan dalam latihan berkenaan ialah helikopter dari ketiga-tiga cabang perkhidmat­an ATM iaitu Helikopter Super Lynx dan AS555 Fennec dari TLDM, Helikopter EC 725 dari TUDM dan Helikopter Agusta A109 LOH selain pesawat pejuang FA 18 D Hornet dan BAE Hawk 208.

Hadir menyaksika­n pertunjuka­n adalah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

 ?? ?? HISHAMMUDD­IN bersama pasukan yang menyertai pertunjuka­n.
PELBAGAI jenis aset ketenteraa­n milik TDM mengambil bahagian dalam Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
HISHAMMUDD­IN bersama pasukan yang menyertai pertunjuka­n. PELBAGAI jenis aset ketenteraa­n milik TDM mengambil bahagian dalam Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia