Harian Metro

Cermin kafe berkecai akibat kebocoran gas

-

Sungai Buloh: Tidak ubah seperti letupan bom apabila perkakas, kelengkapa­n dan cermin hadapan sebuah kafe berkecai akibat letupan akibat kebocoran gas.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, seorang pekerja kafe itu berusia 18 tahun melecur pada badan sejurus letupan berlaku di premis terletak di Saujana Utama, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung letupan itu pada jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku berlaku letupan di dalam sebuah kafe namun tidak membabitka­n struktur asal bangunan.

“Kejadian dipercayai berpunca akibat kebocoran gas,” katanya.

Norazam berkata, anggota bomba kemudian melakukan pengudaraa­n bagi pertukaran udara di ruang dalam bangunan.

Katanya, kejadian itu menyebabka­n mangsa melecur tahap kedua sebelum dia dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

 ?? ?? KEADAAN kedai makan yang mengalami letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di Saujana Utama, Sungai Buloh.
KEADAAN kedai makan yang mengalami letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia