Harian Metro

Geng pecah kedai dicekup kurang 24 jam

-

Nilai: Kecekapan anggota polis dibuktikan apabila sekumpulan geng pecah kedai berjaya dijejaki dan diberkas kurang 24 jam selepas jenayah dilakukan suspek.

Difahamkan tiga suspek berusia 18 hingga 48 tahun itu memecah masuk kedai menjual peralatan elektrik di Pusat Perniagaan Putra Point di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputy Superinten­dan Mat Ghani Lateh, berkata, terdahulu polis menerima laporan kejadian itu daripada pemilik kedai pada pagi Ahad lalu.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPD) Nilai dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan melakukan risikan sebelum menyerbu lokasi di Putra Point Bandar Baru Nilai.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek ditahan jam 11.30 pagi Isnin lalu.

“Semua barangan dicuri ditemui semula dan dirampas membabitka­n tiga televisyen pelbagai jenama, pembesar suara (7), amplifier mixer (2 set), lampu laser (1 set), mikrofon (1 set) dan tiga gulung wayar serta sebuah van digunakan ketika kejadian.

“Anggaran barangan dicuri bernilai RM85,000,” katanya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia