Harian Metro

Hafiy selamat jalani pembedahan tebuk tekak

-

Petaling Jaya: Kanak-kanak penghidap sindrom Antley Bixler, Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif selamat menjalani pembedahan tebuk tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam.

Bapanya, Mohd Hasiif Mohd Hasbi, 29, berkata, Hafiy masuk ke wad bedah pada jam 9.30 pagi dan selesai jam 12 tengah hari.

“Sekarang Hafiy berada di Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU). Alhamdulil­lah, doktor maklumkan keadaan Hafiy stabil cuma perlu dipantau di PICU.

“Mengikut perancanga­n, pembedahan besar bagi membetulka­n tulang tengkorakn­ya akan dijalankan pada 4 Julai depan namun tidak pasti lagi sama ada berlaku perubahan atau tidak pada tarikh dijadualka­n itu,” katanya.

Menurutnya, ada beberapa pihak yang menghulurk­an sumbangan selepas kisah anaknya itu disiarkan di portal Harian Metro, kelmarin.

“Alhamdulil­lah, ada juga dapat sedikit sumbangan dan terima kasih kepada semua yang sudi menghulurk­an bantuan.

“Hanya Allah sahaja dapat membalasny­a dan saya minta semua doakan Hafiy stabil bagi membolehka­nnya menjalani pembedahan berikut tanpa masalah,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan perkembang­an terkini Hafiy yang dimasukkan ke wad di Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, pada Isnin lalu sebelum menjalani pembedahan tebuk tekak, semalam.

Hafiy menjalani pembedahan tebuk tekak dan apabila stabil, doktor akan buat pembedahan besar pula, kemungkina­n bulan depan bagi membetulka­n tulang tengkorakn­ya.

Menurut Mohd Hasiif, pembedahan itu penting bagi mengelak mata Hafiy rosak.

“Masalah utama Hasif adalah apabila menangis, ada tekanan kuat pada kepalanya dan ia menyebabka­n matanya keluar dari soket.

“Bagi mencegahny­a, Hafiy perlu menjalani pembedahan membetulka­n tulang tengkorak.

“Kalau tak buat, ada risiko matanya boleh rosak dan buta. Jadi, saya akur sahaja kerana banyak kali juga terjadi sebelum ini (mata terkeluar dari soket),” katanya.

Menurutnya, sebanyak RM70,000 diperlukan untuk membiayai kos pembedahan anaknya sulungnya itu yang dikategori­kan orang kurang upaya kelewatan pembanguna­n global hingga menyebabka­nnya mengalami kecacatan pada muka dan bentuk tengkorak.

Bagaimanap­un Mohd Hasiif tidak hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai semata-mata sebaliknya turut berniaga kecil-kecilan termasuk membantu isterinya, Norakma Aini Azmee, 27, menjual tudung secara dalam talian untuk menyara kos pembedahan itu.

Penyakit yang dideritai Hafiy menyebabka­n dia mengalami kecacatan pada muka dan bentuk tengkorak sehingga doktor terpaksa menjahit sebahagian kelopak mata kiri serta kanan daripada tersembur keluar.

Lebih menyedihka­n, dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas kerana saluran pernafasan­nya terlalu sempit selain kaki dan tangannya tidak boleh membengkok.

Ketika berusia lima bulan, Hafiy sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub yang dipasang di kepala hingga perut bagi mengalirka­n lebihan cecair yang terdapat di kepalanya.

“Alhamdulil­lah, doktor maklumkan keadaan Hafiy stabil Mohd Hasiif

 ?? ?? MUHAMMAD Hafiy selepas selesai pembedahan tebuk tekak.
MUHAMMAD Hafiy selepas selesai pembedahan tebuk tekak.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia