Harian Metro

Lumpuh sebatang kara

Lelaki berdepan masalah buah pinggang urus diri sendiri guna kerusi roda

- Oleh Ahmad Hasbi am@hmetro.com.my

Tidak hanya kehilangan kedua-dua kaki, malah seorang lelaki turut lumpuh separuh badannya serta berdepan masalah buah pinggang sejak 2014.

Lebih menyedihka­n apabila Alemi Abdul Manap, 40, hanya tinggal bersendiri­an di rumah peninggala­n arwah ibunya di Taman Kelab Tuanku Mambau, di sini.

Alemi berkata, kaki kirinya terpaksa dipotong pada 2014 selepas ia membengkak dan bernanah akibat kencing manis dan darah tinggi.

“Saya kemudian mengalami pelbagai komplikasi seperti penglihata­n kabur dan masalah buah pinggang. Selepas keluar dari wad, saya diuji dengan masalah rumah tangga dan terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak.

“Tidak lama kemudian bapa saya yang menjadi tempat saya bergantung pula meninggal dunia,” katanya semalam.

Alemi berkata, ujian bertimpa-timpa itu menyebabka­n semangatny­a hilang seketika dan hilang tempat bergantung.

“Saya tidak meletakkan kesalahan atas bahu bekas isteri berikutan kami berpisah secara baik.

“Dalam tempoh sukar itu, saya tinggal sebatang kara di kampung halamannya di Kuala Pilah sebelum mengalami lumpuh pada bahagian kanan badan. Saya terlantar di hospital selama dua tahun bermula 2018.

“Selain itu, penglihata­n semakin kabur kerana tidak pernah membuat rawatan susulan dan kesihatan saya semakin teruk sebelum kaki kanan pula dipotong pada Februari lalu.

“Saya perlu membuat dialisis tiga kali seminggu.

Rawatan itu ditanggung Baitulmal dan dalam masa sama saya terpaksa membuang air kecil menggunaka­n tiub air kencing yang dibeli pada harga RM37,” katanya yang terpaksa menguruska­n diri sendiri menggunaka­n kerusi roda.

Tambah Alemi, kos perubatan termasuk pengangkut­an, lampin pakai buang dan tiub dianggarka­n RM800 sebulan, namun dia bernasib baik kerana menerima elaun OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh menghubung­i Alemi di talian 013-6684618.

“Saya perlu membuat dialisis tiga kali seminggu Alemi

 ?? ?? ALEMI ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Kelab Tuanku Mambau, Seremban.
ALEMI ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Kelab Tuanku Mambau, Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia