Harian Metro

Cuba terjun apartmen elak dipukul

-

Sandakan: Seorang lelaki memberi alasan melarikan diri untuk bersembuny­i kerana ada individu mahu memukulnya ketika dipujuk anggota bomba di tingkat empat sebuah apartmen di Batu Tujuh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.40 malam, lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai mahu terjun dari bangunan terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.44 malam sebelum lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi bagi menjalanka­n operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumka­n lelaki itu berada di tingkat empat apartmen berkenaan dipercayai cuba membunuh diri.

“Anggota bomba naik menggunaka­n tangga ke lokasi sebelum berjaya memujuk lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia