Harian Metro

Kes HFMD di Kedah menurun

-

Alor Setar: Kedah terus mencatatka­n penurunan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) selepas 531 kes direkodkan pada Minggu Epidemiolo­gi ke-24 yang bermula 12 hingga 18 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd

Hayati Othman berkata, berlaku penurunan 171 kes pada

Minggu

Epidemiolo­gi ke-24 berbanding

702 kes yang dicatat pada minggu sebelumnya. “Setakat ini Kedah mencatatka­n keseluruha­n 5,425 kes HFMD dan terdapat satu wabak baharu dilaporkan membabitka­n taska yang sudah diarah tutup mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Semua kes yang dilaporkan menunjukka­n gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar dengan tiada kes mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Mohd Hayati berkata, Kuala Muda masih mencatatka­n bilangan kes tertinggi iaitu 1,337 kes diikuti Kulim (806), Kubang Pasu (797) dan Kota Setar (537).

Katanya, sepanjang tahun ini juga, sebanyak 51 wabak HFMD dilaporkan berlaku di Kedah, dengan 50 daripadany­a berlaku di pusat pendidikan seperti taska, tadika dan prasekolah.

“Sebanyak 49 premis berkaitan diarah tutup sementara atau ditutup secara sukarela bagi tujuan sanitasi dan pencegahan jangkitan.

“Pengusaha dan pengurusan pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak digesa melakukan pemeriksaa­n dan proses nyah kuman dengan kerap bagi mengekang penularan,” katanya.

Seremban: Sikap segelintir pemilik yang tidak memandulka­n kucing masing-masing menjadi punca wujud generasi kucing jalanan yang dibuang sebelum menjadi mangsa kekejaman manusia.

Doktor Veterinar, Dr Azliza Ahmad berkata, pemilik kucing perlu diberikan kesedaran mengenai tanggungja­wab dan peranan dalam menjaga kebajikan haiwan comel itu.

“Populasi kucing jalanan di sesuatu lokasi yang semakin meningkat berpunca daripada pemilik kucing yang tidak mengembiri­kan haiwan peliharaan mereka. Ini menyumbang kepada masalah berkenaan secara tidak langsung.

“Apabila kucing melahirkan anak dalam jumlah yang banyak, pemilik membuang haiwan itu bersama anak-anaknya di merata tempat. Akibatnya haiwan ini semakin membiak tanpa kawalan,” katanya.

Dr Azliza berkata, ada pihak yang menentang tindakan mengembiri­kan kucing dengan alasan menghalang sifat semula jadi seekor kucing.

“Namun, pihak berkenaan tidak melakukan apa-apa tindakan untuk membantu dan bertanggun­gjawab terhadap masalah jumlah populasi kucing jalanan yang meningkat ini,” katanya.

Menurut Dr Azliza, dia sangat kecewa dengan beberapa kejadian kejam terhadap kucing seperti dilaporkan media.

“Jika kehadiran kucing jalanan mengganggu operasi harian sesebuah premis, pengurusan boleh menyediaka­n tempat makanan dan pembuangan najis yang tertumpu dan teratur supaya tidak mengganggu operasi syarikat.

“Program pengambila­n kucing angkat juga boleh dilakukan tanpa memerlukan kos tinggi. Mereka hanya perlu gunakan media sosial untuk menggalakk­an orang ramai mengambil kucing jalanan untuk dibela,” katanya.

Populasi kucing jalanan di sesuatu lokasi yang semakin meningkat berpunca daripada pemilik kucing yang tidak mengembiri­kan haiwan peliharaan mereka”

Dr Azliza

 ?? ?? DR Mohd Hayati
DR Mohd Hayati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia