Harian Metro

Tawar 20,000 peluang kerja

BN Youth Job Fair 2022 titik permulaan baharu kerjaya bagi belia terjejas akibat pandemik

-

BN Youth Job Fair 2022 (BNYJF’22) kini kembali dengan menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan kepada belia Malaysia.

Sempena pasca wabak koronaviru­s, BNYJF’22 akan memastikan pameran kerjaya itu boleh digunakan sebagai titik permulaan baharu untuk belia yang terjejas akibat pandemik.

Diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 24 hingga 26 Jun ini, BNYJF’22 diadakan dengan skala yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Selain itu, pameran berkenaan bukan sahaja menawarkan pekerjaan kepada graduan muda tetapi memberi mereka peluang mempelajar­i perkara diperlukan untuk mendapatka­n pekerjaan serta apa yang ditawarkan majikan dan sektor kerajaan.

Bagi penganjura­n kali ini, BNYJF’22 dijangka membawa sehingga 300 syarikat atau majikan dalam pelbagai sektor termasuk sektor kerajaan dan swasta.

Bukan itu saja, pelbagai program dan aktiviti diadakan untuk belia, sekali gus membolehka­n mereka membabitka­n diri.

Dalam pada itu, BNYJF'22 akan menyediaka­n pembiayaan kepada usahawan baharu yang semakin meningkat, menambah bilangan rumah mampu milik yang boleh dibeli atau disewa dan rumah transit serta menyediaka­n ceramah dan kursus latihan kemahiran untuk golongan pencari kerja.

Dengan konsep Keluarga Malaysia, ia jelas menunjukka­n kepentinga­n institusi kekeluarga­an dalam menghadapi situasi mencabar.

Peluang pameran kerjaya ini amat berbaloi untuk dihadiri belia sekiranya mereka ingin memulakan kehidupan baharu selepas pasca pandemik.

BNYJF’22 diadakan dengan kerjasama Kementeria­n Sumber Manusia dan Keluarga Malaysia serta di sokong oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Pembanguna­n Sumber Manusia (HRD Corp), Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) serta Talent Corporatio­n Malaysia (TalentCorp) serta MYFutureJo­bs.

Antara syarikat mengambil bahagian ialah Open University Malaysia (OUM), MAHSA University, Perbadanan PR1MA Malaysia, Boustead Holdings Berhad dan banyak lagi.

Untuk pra-pendaftara­n dan maklumat lanjut boleh melayari laman web https://bnjobfair.com atau hubungi 012 -335 5067.

 ?? ??
 ?? ?? BNYJF’22 menampilka­n sehingga 300 syarikat atau majikan dalam pelbagai sektor babit kerajaan dan swasta.
BNYJF’22 menampilka­n sehingga 300 syarikat atau majikan dalam pelbagai sektor babit kerajaan dan swasta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia