Harian Metro

6 pelajar Orang Asli cemerlang dapat insentif

-

Kuantan: Enam pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menerima insentif sumbangan kerajaan Pahang.

Mereka terdiri pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutua­n Bentong, Nurul Alieya Syuhada Idrus yang memperoleh 11A; pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin Permai, Jeremy Josuazent Ko (9A) dan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Lin Lin Low Yoke Thong (9A).

Turut cemerlang, pelajar MRSM Muadzam Shah, Hoo Siew Kuan Hoo Lew Aun (8A), pelajar SMK Kuala Lanar, Lipis Asriana Nadira Azlan (8A) dan Ng Soek Yen Ng Mooi Yong dari SMK Tengku Abdullah Pekan (8A).

Majlis penyampaia­n insentif disempurna­kan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Bilik Kunjung Hormat, Pejabat Menteri Besar

Pahang, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang, Johari Alwi.

Sementara itu, Nurul Alieya Syuhada yang bercita-cita menjadi doktor gigi berkata, dia tidak menyangka berjaya mendapat keputusan 11A pada SPM 2021 kerana hanya mampu mencatat 7A sahaja dalam peperiksaa­n percubaan.

“Saya bersyukur dengan kejayaan yang diraih selepas berusaha sepanjang tahun bagi menghadapi peperiksaa­n SPM tahun lalu.

“Sokongan guru, rakan-rakan dan keluarga menjadi pencetus kepada kejayaan yang begitu membanggak­an buat saya sebagai pelajar sekolah agama,” kata anak pertama daripada dua beradik itu.

 ?? ?? WAN Rosdy (duduk tengah) bergambar dengan pelajar Orang Asli yang menerima insentif kecemerlan­gan peperiksaa­n SPM. - Gambar NSTP/MOHD RAFI MAMAT
WAN Rosdy (duduk tengah) bergambar dengan pelajar Orang Asli yang menerima insentif kecemerlan­gan peperiksaa­n SPM. - Gambar NSTP/MOHD RAFI MAMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia