Harian Metro

Measat lancar satelit baharu

Pelancaran Measat-3d mampu tingkat kualiti capaian Internet, telekomuni­kasi di seluruh negara

-

Pengendali satelit utama negara, Measat Global Berhad (Measat) yang melancarka­n satelit Measat-3d pada jam 5 pagi waktu Malaysia hari ini akan meningkatk­an keupayaan capaian Internet yang mampu dimiliki di kawasan bandar atau sub-luar bandar serta kawasan sukar dimasuki dengan tumpuannya adalah di Sabah dan Sarawak.

Syarikat telekomuni­kasi tempatan juga boleh mengambil kesempatan menggunaka­n Measat-3d ini untuk menawarkan perkhidmat­an data, suara dan video di sekitar tiga hingga lima peratus lagi kawasan populasi yang belum dilimembin­a puti oleh penyambung­an gentian optik atau jalur lebar tanpa wayar.

Dengan kos sekitar RM1.2 bilion, Measat-3d adalah yang paling komprehens­if dan kompleks di dalam kumpulanny­a berbanding Measat-3a dan Measat-3b.

Satelit berbilang misi telekomuni­kasi itu dibangunka­n

Anggaran tahun jangka hayatsatel­it Measat-3d

oleh Airbus Defence and Space di atas platform Eurostar E3000 dengan berat 5,648 kilogram dan jangka operasi lebih 18 tahun menggunaka­n kuasa elektrik12­kWpadaakhi­rhayatnya.

Ia juga akan melengkapk­an fungsi bersama satelit Measat-3a dan Measat-3b yang terletak bersama dalam hotslot orbit 91.5° Timur, menggantik­an kapasiti lama dan daya tahan untuk armada satelit Measat.

Satelit baharu itu juga akan memulihkan pertindiha­n dalam orbit dan kapasiti pengembang­an yang tiada tandingan untuk perkhidmat­an Direct-to-Home (DTH) Astro bersama-sama perkhidmat­an penyiaran dan telekomuni­kasi di rantau ini.

Dijangka hadir menyaksika­n pelancaran ini ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKOM) Datuk Seri Mohammad Mentek, beberapa pegawai dari Kementeria­n Pertahanan dan wakil syarikat telekomuni­kasi tempatan.

 ?? ?? SUASANA di luar Kompleks Pelabuhan Angkasa Arianespac­e yang turut menempatka­n replika roket pelancarny­a.
MEASAT-3D menelan kos sekitar RM1.2 bilion.
KUALITI perkhidmat­an telekomuni­kasi dan Internet dijangka bertambah baik selepas pelancaran Measat-3d.
SUASANA di luar Kompleks Pelabuhan Angkasa Arianespac­e yang turut menempatka­n replika roket pelancarny­a. MEASAT-3D menelan kos sekitar RM1.2 bilion. KUALITI perkhidmat­an telekomuni­kasi dan Internet dijangka bertambah baik selepas pelancaran Measat-3d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia