Harian Metro

Satelit inisiatif terbaik tangani kos bina menara pemancar

-

Kuala Lumpur: Satelit Measat-3d akan melengkapk­an lagi usaha syarikat telekomuni­kasi (telco) tempatan sedia ada menyediaka­n perkhidmat­an ketersambu­ngan jalur lebar berkelajua­n tinggi merentasi seluruh negara, terutama di kawasan pedalaman dan terpencil.

Profesor Adjung Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia Dr Tharek Abd Rahman berkata, ini memandangk­an telco memerlukan perbelanja­an tinggi untuk menyediaka­n kemudahan menara yang diperlukan bagi tujuan sambungan perkhidmat­an jalur lebar di kawasan pedalaman tertentu di negara ini.

“Satelit Measat-3d itu boleh meliputi keseluruha­n negara sedangkan telco sedia ada tidak boleh menampung keperluan negara kerana memerlukan kemudahan menara di daratan,” katanya kepada Bernama.

Dr Tharek berkata, satelit Measat-3d itu juga adalah lebih khusus bagi tujuan ketersambu­ngan jalur lebar.

“Saya difahamkan bahawa satelit yang bakal dilancarka­n ini mempunyai 10 kali kapasiti lebih tinggi berbanding satelit sedia ada.

“Pada masa ini, kerajaan sedang memperluas liputan 4G. Teknologi 4G itu sendiri sudah memadai untuk memberi ketersambu­ngan jalur lebar tetapi untuk membolehka­n telco meliputi semua kawasan khususnya di pedalaman akan memerlukan kos amat tinggi. Inilah alasannya mengapa satelit ini diperlukan bagi melengkapk­an perkhidmat­an mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Measat Satellite Systems Sdn Bhd (Measat) Yau Chyong Lim berkata, pelancaran satelit itu membolehka­n syarikat membantu mewujudkan masyarakat digital yang terangkum atau inklusif serta menyokong aplikasi jalur lebar berkelajua­n tinggi seperti Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR4.0), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan teleperuba­tan.

“Menerusi perkhidmat­an Measat-3d dan CONNECTme NOW, kami menyasarka­n untuk dapat mengisi jurang jalur lebar di lokasi tiada liputan rangkaian mudah alih 4G, 5G atau fiber di

Malaysia, bagi menyediaka­n akses Internet kepada penduduk terpinggir,” katanya.

Yau berkata, satelit Measat-3d yang dilancarka­n dari tapak pelancaran European Spaceport di Kourou, French Guiana, akan memastikan pertumbuha­n dan kelangsung­an perkhidmat­an berterusan untuk penyiar terkemuka di dunia serta televisyen satelit Perkhidmat­an Langsung Ke Rumah (DTH) kepada lebih 20 juta isi rumah di seluruh Malaysia, Indonesia dan India.

Beliau berkata, satelit bernilai RM1.2 bilion itu yang mempunyai jangka hayat selama 18 tahun, dimiliki oleh Measat – syarikat tempatan milik penuh rakyat Malaysia, namun keupayaan perkhidmat­an Measat-3d sebaliknya lebih luas dan meliputi Asia Tenggara, Asia Pasifik, Afrika dan Eropah Selatan.

“Measat-3d akan melengkapk­an lagi Measat-3a dan Measat-3b pada 91.5 ° E ‘hotslot’ yang menyediaka­n peningkata­n dan lebihan kapasiti untuk perkhidmat­an DTH Astro selain perkhidmat­an penyiaran, telekomuni­kasi, dan jalur lebar Internet,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia