Harian Metro

Tunai tambahan buat B40

-

Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumka­n pemberian tunai tambahan menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan B40 yang terkesan kos sara hidup susulan tiada subsidi harga ayam, telur dan kenaikan harga barang.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BKM yang diberikan dalam Belanjawan 2022 memanfaatk­an seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 tahun ini.

Menurutnya, bantuan itu adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

“Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan, kerajaan mengambil keputusan menyediaka­n bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk bujang.

“Bayaran Fasa 2 BKM membabitka­n peruntukan RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia