Harian Metro

Kekal subsidi minyak masak

- Oleh Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim am@hmetro.com.my

Kerajaan masih mengekalka­n subsidi minyak masak dengan jumlah sebanyak RM4 bilion untuk 2022 berbanding RM500 juta pada 2020 dan RM2.2 bilion tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan ialah sebanyak 60,000 tan metrik sebulan melebihi daripada keperluan sebenar pengguna iaitu 55,000 tan metrik sebulan.

Beliau berkata, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan adalah untuk kategori minyak masak peket atau kampit RM2.50 bagi satu kilogram (kg) sahaja berbanding harga pasaran sebenar, RM9 bagi 1 kg untuk kegunaan

Keluarga

‘ Kerajaan membuat keputusan mulai 1 Julai 2022 untuk tidak lagi menyambung subsidi untuk minyak masak berbotol kerana objektif awal program ini adalah untuk membantu golongan terkesan pandemik”

Malaysia golongan B40.

“Subsidi ini telah bermula sejak Jun 2007. Sewaktu pandemik Covid-19, kerajaan memperkena­lkan program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol bagi 1 kg, 2 kg, 3 kg dan 5 kg pada Ogos 2021.

“Usaha ini bagi membantu Keluarga Malaysia yang ketika itu

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia