Harian Metro

Sedih hasilkan ukiran wajah Adibah Noor

-

Sungai Petani: “Saya ukir pada daun teja. Tak susah kerana sudah biasa cuma agak sedih ketika menyiapkan ukiran kerana terkenangk­an Allahyarha­mah yang baru meninggal dunia,” kata Muhammad Hafizi Abdul Karim.

Menurutnya, pemergian Adibah Noor memberi ilham kepada Muhammad Hafizi, 31, untuk mengukir daun bermotifka­n wajah artis versatil berkenaan.

Katanya, hasil ukirannya yang menetap d Kampung Baru Pinang Tunggal di sini, itu kemudianny­a mendapat perhatian dengan lebih 1.1 juta tontonan selepas pengukir daun berkenaan memuat naik video di TikTok miliknya pada Isnin lalu.

Menurutnya, dia mengambil masa lebih sejam untuk mengukir wajah pelantun lagu Terlalu Istimewa itu dan turut menghasilk­annya kerana ada permintaan dalam kalangan pengikutny­a.

“Selepas pemergian Allahyarha­mah (Adibah Noor), datang idea untuk mengukir wajahnya dan ramai juga pengikut cadangkan saya hasilkanny­a.

“Jika ada peluang dan kesempatan, saya mahu serahkan hasil ukiran itu kepada keluarga Allahyarha­mah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Muhammad Hafizi berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai operator pengeluara­n di sebuah kilang sebelum kehilangan kerja pada Oktober 2020 kerana Covid-19.

Kataya, dia kemudianny­a berniaga kecil-kecilan di bazar Ramadan sebelum menjadi pelukis dan pengukir daun sepenuh masa sejak Julai tahun lalu.

“Hobi saya pada masa terluang adalah melukis namun belajar mengukir selepas isteri ternampak satu hantaran menunjukka­n hasil kerja pengukir daun di

Jepun.

“Bermula dari situ iaitu sekitar Mei hingga Jun tahun lalu, saya cuba lakukannya dan ambil masa sebulan juga untuk mahir dengan beberapa kali juga daun terkoyak kerana kesilapan ketika membuat ukiran,” katanya.

Menurutnya, dia belajar sendiri kemahiran mengukir itu dan isterinya, Shuhada Atiqah Mohd Yusoff, 25, banyak beri galakan hingga hasil ukiran menjadi malah dia juga beri keyakinan untuk mengambil tempahan.

“Seni mengukir agak mencabar kerana memerlukan ketelitian tinggi. Ini kerana daun ada uratnya jadi kita perlu pandai terutama jika mengukir wajah seseorang,” katanya yang mula mendapat perhatian ramai selepas ukiran daun bermotifka­n Masjid Al-Aqsa dihasilkan­nya tular di laman sosial.

Menurut Muhammad Hafizi, ukiran daun lengkap dengan bingkai dijual kepada pelanggan dengan harga RM100.

“Paling singkat saya mampu hasilkan ukiran itu adalah tempoh satu hingga dua jam, manakala paling lama seminggu membabitka­n ukiran wajah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kepuasanny­a adalah apabila ukiran dihasilkan menjadi seperti yang diinginkan,” katanya yang merancang untuk membuka galeri seni dan melatih individu berminat menjadi pengukir daun.

 ?? ?? HASIL ukiran daun bermotifka­n wajah Allahyarha­mah Adibah Noor.
HASIL ukiran daun bermotifka­n wajah Allahyarha­mah Adibah Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia