Harian Metro

20 bekas pelajar mengaku salah

- Oleh Izad Thaqif Hassan am@hmetro.com.my

Seramai 20 bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Merbok di sini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membuli seorang rakan mereka dua tahun lalu.

Semua tertuduh berusia 18 dan 19 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nadhirah Abdul

Rahim dalam prosiding dilakukan secara tertutup atas permintaan keluarga.

Mengikut kertas pertuduhan, semua pelajar terbabit yang ketika itu berusia 16 dan 17 tahun didakwa secara bersama mendatangk­an cedera terhadap rakan sekolah berusia 16 tahun di kawasan asrama antara jam 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada 27 Oktober 2020.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama

Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Nadhirah membenarka­n semua tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, S Preeya manakala tertuduh diwakili peguam Nurliyana Mohd Razali.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan akhlak diserahkan sebelum hukuman dijatuhkan.

Pada 28 Oktober 2020 lalu, mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul sekumpulan pelajar di asrama sekolah berkenaan.

Menurut laporan polis, kejadian pertama didakwa berlaku jam 12.30 pagi pada 27 Oktober 2020 membabitka­n 10 pelajar tingkatan lima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia