Harian Metro

Empat polis kena reman seminggu

-

Melaka: Empat anggota polis ditahan reman seminggu bermula semalam, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.

Suapan itu bagi membolehka­n penyeludup­an masuk barangan terlarang termasuk dadah ke lokap, tiga tahun lalu.

Majistret Mazana Sinin membenarka­n perintah itu selepas permohonan dilakukan Pegawai Penyiasat Kanan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdullah Fahmy Mohd@Saleh bagi melengkapk­an siasatan kes.

Terdahulu, keempat-empat suspek berpangkat Koperal dan Lans Koperal berusia 35 hingga 40 tahun yang memakai baju lokap SPRM warna jingga dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini, jam 9.30 pagi dengan menaiki dua kenderaan SPRM.

Difahamkan semua suspek yang bertugas di sebuah balai polis di Alor Gajah menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan pindahan wang atas talian sebagai upah menjadi ‘orang tengah’ untuk membawa masuk barangan haram seperti rokok, dadah, tembakau dan makanan bagi kegunaan tahanan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

 ?? ?? EMPAT suspek diiringi pegawai SPRM dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh bagi permohonan reman, semalam. - Gambar NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad
EMPAT suspek diiringi pegawai SPRM dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh bagi permohonan reman, semalam. - Gambar NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia