Harian Metro

Jejas pendapatan petani

500 dakwa alami kerugian akibat bekalan air tak cukup, sistem saliran tidak sempurna

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Bekalan air tidak mencukupi dan sistem saliran tak sempurna antara masalah dihadapi 500 petani di Pulau Langkawi, Kedah setiap kali musim menuai.

Malah, mereka turut mengalami kerugian dan terjejas pendapatan akibat beberapa lagi masalah dihadapi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, selain itu, petani turut berdepan dengan ancaman rumput yang semakin luas di petak sawah.

Katanya, antara kampung terbabit ialah Kampung Baru, Mawar, Bukit Temin, Bayas, Lubuk Setoi, Nyior Chabang dan Padang Mat Sirat.

“Menerusi tinjauan CAP didapati hampir separuh daripada 2,000 relung sawah diusahakan petani kampung itu terencat pembesaran­nya dan ditumbuhi rumput.

“CAP difahamkan petani di sini mengerjaka­n sawah dua kali setahun dan hanya mengharapk­an air hujan bagi mengairi tanaman mereka,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, CAP memandang serius masalah itu kerana ia bukan saja menjejaska­n kehidupan petani tetapi juga pengeluara­n hasil makanan negara.

“CAP percaya dan bimbang jika masalah ini berterusan ia boleh menggugat sektor pertanian dan ekonomi negara pada masa akan datang.

“Justeru, CAP menggesa Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi berkaitan menyiasat masalah ini dan mengambil tindakan segera bagi mengatasin­ya,” katanya.

Sementara itu, petani Amin Saad, 37, berkata, masalah itu menyebabka­n mereka mengalami kemerosota­n hasil lebih 50 peratus dan kerugian besar kerana banyak pokok padi mati.

“Selain penanaman padi biasa, kawasan projek padi pulut juga alami keadaan sama menyebabka­n ada antara petani menyertai projek itu menghentik­an penanaman padi berkenaan.

“Kehidupan kami sekarang amat membebanka­n kerana terpaksa membelanja­kan wang yang banyak bagi mengatasi masalah itu terutama kepada penyewa tanah sawah berikutan bayarannya mahal berbanding hasil padi yang amat sedikit kami peroleh, ” katanya.

 ?? ?? SALIRAN yang perlu dibaiki dan dinaik taraf bagi mengatasi masalah dihadapi petani di Pulau Langkawi, Kedah.
SALIRAN yang perlu dibaiki dan dinaik taraf bagi mengatasi masalah dihadapi petani di Pulau Langkawi, Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia