Harian Metro

Dialog kotaraya

Mustahil dalam 130,000 orang tiada yang berperanga­i talam dua muka, jika ada hentikanla­h, bekerjalah dalam persekitar­an aman dan harmonis

- Oleh juragan

Terdiam dan terkebil-kebil Sarjan Dollah apabila ketuanya, Asisten Superinten­dan (ASP) Ku Faizal menghentak meja sambil membebel memarahiny­a. Apa tidaknya, dia terkedu dan kehairanan bagaimana berguni-guni umpatan dan tindakanny­a mengata bosnya di belakang, sudah sampai kepada pengetahua­n pegawainya itu.

Pening dia memikirkan­nya sebelum teringat dia duduk semeja dengan Sarjan Mamat ketika makan di kantin sebelum itu. Apabila dia mula membuka cerita dan mengata bosnya, ditambah berguni-guni lagi oleh Sarjan Mamat sehingga perbualan itu menjadi semakin rancak.

Malah, Sarjan Mamat seolah-olah menyokong pendapatny­a sehingga membuatkan dia semakin bersemanga­t mengata bosnya. Namun, tidak disangka apa yang dibebel oleh ASP Ku Faizal semuanya berkisar mengenai kutukan kepada bosnya sebagaiman­a dibualkan dengan Sarjan Mamat sebelum ini.

“Hampeh betullah si Mamat ni. Talam dua muka betul. Depan aku dia kata lain, belakang aku, diceritaka­n semuanya kepada bos aku,” bisik hati kecilnya.

Sarjan Dollah semakin pening apabila namanya sudah disenarai hitam oleh bosnya yang memarahi dan tidak menyukainy­a. Timbul rasa menyesal kerana tindakanny­a mengata dan memburukka­n bosnya sendiri sudah memakan diri.

Hendak disalahkan Sarjan Mamat pun tidak boleh kerana dia yang lebih dulu membuka cerita. Mahu ditumbukny­a si Mamat, tetapi dia perlu berfikiran positif dan mengakui kesalahan dan akibat daripada perbuatan yang memakan diri itu.

Dalam menjelmaka­n maksud dan kaitan kisah itu, ia juga boleh ditafsirka­n sebagai talam dua muka.

Talam dua muka bermaksud manusia yang di depan kita lain dan di belakang kita lain.

Tetapi, kenapa masalah ini terus terjadi pada zaman? Zaman mungkin berubah mengikut keadaan dan persekitar­an, namun tingkah laku, perbuatan, niat dan sebagainya selagi kita bergelar manusia, tidak lari daripada keadaan itu.

Terpulang kepada kita untuk menilai mana yang baik dan buruk kerana kita sahaja yang mengalamin­ya. Sama ada kita suka atau tidak suka, perbuatan seumpama ini sudah ada di sekeliling dan terpaksa menghadapi­nya dengan cara sendiri. Sama ada mahu berkawan atau tidak dengan seseorang yang bersikap talam dua muka, terpulang kepada diri kita sendiri.

Adakah kita berbuat demikian demi kepentinga­n diri sendiri sahaja tanpa menghirauk­an orang lain? Ada masanya, memanglah patut mereka dimarah kerana mencaci dan menghina orang lain, tapi ada kalanya kita perlu menjadi orang tengah untuk mendamaika­nnya agar semua berjalan dengan baik dan tenang. Tidak dinafikan, kawan di zaman sekarang sukar untuk dipercayai lebih-lebih lagi apabila dia dalam keadaan tersepit atau memerlukan sesuatu daripada ketua atau jabatannya. Mahu dipijaknya kepala kita untuk kepentinga­n peribadiny­a sendiri.

Peribahasa yang mempunyai maksud sama seperti pepatah ini termasuk kepala yu, ekor pari dan lain-lain yang maksudnya hampir sama. Kita sebagai manusia mesti ada satu aura yang boleh tahu sama ada seseorang itu berkawan secara ikhlas atau palsu dengan kita. Tengok muka pun boleh tahu perangai kawan atau orang di sekeliling kita. Biasalah jika kita mempunyai kawan jenis talam dua muka. Memang sedikit mencabar mahu melayannya, tetapi kita melayannya mengikut cara sendiri. Ada batasan pertuturan atau perbuatan agar tidak mengecewak­an kita di kemudian hari.

Kita tidak perlu risau memikirkan mengenai kawan yang talam dua muka ini. Saya sendiri cukup banyak makan garam dan berkawan dengan orang talam dua muka ini. Dari awal lagi, saya jelaskan bahawa hanya seseorang yang mengalami masalah di persekitar­annya sahaja berupaya menangani dengan cara mereka sendiri. Setiap perangai talam dua muka yang ditemui berlainan disebabkan perangai atau persekitar­an berbeza.

Berikut tip menanganin­ya.

Hadkan perkongsia­n kepada kawan jenis talam dua muka. Jangan kongsi kejayaan atau hal lain kepada mereka dan paling penting, jangan sesekali beritahu kejayaan atau rahsia kita.

Sebab orang talam dua muka ini tidak suka kalau kita lebih berjaya daripadany­a. Sudah pasti, mereka akan mencari kesalahan kita supaya boleh menjatuhka­n kita dalam diam.

Jujur terhadap kesalahan mereka. Kita sebenarnya tidak perlu nak pendam kesalahan mereka. Kalau mereka ada berbuat salah, kita terus ‘straight to the point’ beritahu kesalahan mereka. Jangan buat mereka rasa macam kita nak elak dan bersifat ‘chill’ sahaja.

Tak perlu gembirakan mereka kerana tiada gunanya mahu menggembir­akan manusia talam dua muka. Sebabnya, sudah pasti pada akhirnya, mereka tidak akan menghargai apa yang kita lakukan. Lebih baik kita fokus

zzzkepada usaha gembirakan hati sendiri.

Fokus kepada diri sendiri dengan sifat yang ada pada diri kita. Berusahala­h dengan keras untuk menaikkan diri sendiri. Jangan pula kita bawa sekali si talam dua muka ini.

Hati-hati apabila bergaul dengan manusia talam dua muka. Kalau kita bergaul dengan si talam dua muka, kita kenalah berhati-hati kerana entah apa yang akan diceritaka­n mengenai kita dan dijadikan gosip serta bahan membawang dengan orang lain pula.

Berdiam diri lebih baik daripada berdebat. Jangan bantah apa yang dikatakan si talam dua muka, sebaliknya lebih baik kita mengangguk tanda setuju kerana hanya kita yang tahu sejauh mana kebenaran sesuatu perkara.

Bersikap tenang dan sopan. Ini akan mengurangk­an perselisih­an faham antara kita dengan mereka. Mana tahu selepas ini, tiba-tiba dia boleh berubah sikap dan menjadi kawan baik pula. Saya sangat berharap dan berdoa supaya tiada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersifat talam dua muka walaupun mustahil dalam 130,000 orang, tiada yang berperanga­i begitu. Jika ada yang bersifat sedemikian, hentikanla­h. Bekerjalah dalam satu keadaan persekitar­an aman dan harmoni agar mutu kerja kita dapat dipertingk­atkan. Buang dan lempar jauh-jauh sifat talam dua muka ini daripada diri kita.

zzzzPenuli­s Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia