Harian Metro

Zuraida belum jumpa Ismail Sabri

-

‘ Saya masih menunggu tarikh (untuk berjumpa dengan Perdana Menteri), jumpa tadi ketika Mesyuarat Kabinet dan tak berbincang (tidak bincang isu berkenaan)”

Sepang: Datuk Zuraida Kamaruddin mengesahka­n beliau masih belum bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincang­kan kedudukann­ya dalam Kabinet.

Zuraida berkata, beliau hanya sempat bertemu Perdana Menteri pagi semalam ketika menghadiri Mesyuarat Kabinet yang diadakan di Bangunan Perdana Putra.

“Saya masih menunggu tarikh (untuk berjumpa dengan Perdana Menteri), jumpa tadi ketika Mesyuarat Kabinet dan tak berbincang (tidak bincang isu berkenaan),” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Zuraida memaklumka­n beliau akan ke Sabah bagi menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko (AIKM) di Kota Kinabalu.

Terdahulu, kereta membawa Zuraida dilihat memasuki pekarangan Perdana Putra pada jam 9.25 pagi semalam.

Khamis minggu lalu ketika ditanya pemberita, Ismail Sabri memaklumka­n akan bertemu dengan Zuraida bagi membincang­kan kedudukann­ya sebagai Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, sebelum mesyuarat berkenaan minggu ini.

Zuraida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia