Harian Metro

GRADUAN TVET IDAMAN INDUSTRI

KPLB komited perkasa TVET@KPLB mengikut kehendak pasaran

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) komited memperkasa­kan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memastikan golongan belia memiliki kemahiran seiring dengan kehendak industri mengikut peredaran zaman.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya kini giat mempromosi­kan bidang berkenaan termasuk menganjurk­an Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu ini di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani.

Katanya, TVET@KPLB adalah gabungan 280 institusi pendidikan TVET di bawah KPLB yang menawarkan 515 kursus atau program bermula daripada sijil sehinggala­h ke peringkat ijazah kedoktoran.

“KPLB melalui sejumlah 280 institusi pendidikan TVET sentiasa berusaha menambah baik kesemua program dan kursus yang ditawarkan agar mempunyai kekuatan dan berpadanan dengan keperluan industri.

“Oleh itu, KPLB telah menyaranka­n kepada semua institusi pendidikan TVET@KPLB untuk mengkaji semula modul atau silibus program sedia ada supaya bersesuaia­n dan memenuhi kehendak industri agar graduan yang dilahirkan kelak mempunyai kebolehpas­aran yang tinggi.

“Kaedah pengajaran dan pembelajar­annya kini tidak boleh statik seperti dahulu, seperti hanya membaiki kereta secara tradisi di bengkel. TVET perlu memasukkan elemen seperti robotik dan kecerdasan buatan dalam kaedah pengajaran dan pembelajar­annya kerana teknologi ini yang mendominas­i masa depan,” katanya ketika ditemui di kediaman beliau di sini.

Justeru, Mahdzir berkata, KPLB juga ke hadapan dalam memperkena­lkan bidang baharu TVET bagi melahirkan bakat diperlukan untuk pasaran kerja pada masa hadapan.

Beliau yang juga bekas menteri pendidikan bagaimanap­un tidak menafikan terdapat cabaran yang perlu dihadapi bagi mengubah persepsi masyarakat apabila TVET masih tidak dipandang sebagai pilihan utama untuk melanjutka­n pelajaran.

“Kita perlu ubah cara masyarakat kita berfikir, di negara maju seperti Jerman, TVET sudah menjadi pilihan utama untuk anak muda di sana berbanding laluan akademik, kerana itu mereka mampu mengeluark­an kereta yang berkualiti seperti Mercedes, BMW, Volkswagen dan Audi.

“Dalam masa yang sama kita perlu mempromosi atau memperkena­lkan ikon dalam bidang TVET. Sebagai contoh seorang jurukimpal dasar laut dari Malaysia. Dia bekerja di Dubai dengan gaji dibayar dalam USD, jika ditukar dalam RM boleh mencapai hampir RM40,000 sebulan.

“Keputusan SPM dia tidak cemerlang dan dia pilih untuk mengambil sijil kemahiran, dia berada di landasan yang betul dan berjaya sehingga menerima gaji yang tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata, media juga seperti Harian Metro perlu bersama-sama memainkan peranan untuk mempromosi bidang TVET yang boleh memberi pulangan lumayan.

Katanya, pelajar dan belia perlu diberi kesedaran bahawa bidang TVET ini salah satu laluan yang paling sesuai untuk melahirkan generasi tenaga kerja mahir yang dapat memenuhi keperluan industri baharu yang amat kritikal pada masa kini.

“Seiring dengan perkembang­an revolusi industri 4.0 (IR 4.0) di seluruh dunia, landskap dunia pekerjaan mula berubah di mana banyak sektor pekerjaan akan semakin hilang dan akan digantikan dengan pekerjaan berasaskan kecerdasan buatan yang memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang berkaitan

IR 4.0.

“Institusi TVET juga tidak ketinggala­n dalam menambah baik kurikulum latihan, meningkatk­an kemahiran tenaga pengajar dan menyediaka­n fasiliti serta peralatan yang dapat memenuhi keperluan kurikulum latihan yang semakin berkembang.

“Bidang TVET ini juga telah terbukti melahirkan ramai graduan yang mempunyai peluang pekerjaan yang cerah dalam industri. Sebagai contoh, mengikut statistik pada tahun 2021 kebolehpas­aran graduan

TVET mencapai sehingga 87 peratus berbanding kebolehpas­aran graduan IPT tempatan iaitu

84.4 peratus,” katanya.

Menurut beliau, TVET@KPLB juga mempunyai kerjasama yang utuh dan berterusan dengan industri untuk memastikan kehendak semasa industri dipenuhi.

“Apabila terdapat kerjasama dengan pihak industri, sudah tentu tenaga pakar industri dan pengajar akan dapat membimbing pelajar untuk meningkatk­an kemahiran sejajar dengan keperluan industri dan perkembang­an teknologi semasa.

“Sekiranya kemahiran yang dimiliki oleh pelajar sepadan dengan kemahiran yang dikehendak­i pihak industri, sudah pasti peluang pekerjaan bagi graduan TVET akan lebih terjamin dan kerjaya berpendapa­tan tinggi dapat direalisas­ikan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau terhadap penganjura­n Ekspo TVET@KPLB 2022, beliau berkata, ekspo itu diharap dapat menarik minat masyarakat bandar dan luar bandar khususnya pelajar dan belia untuk mendapatka­n maklumat yang tepat dan seterusnya menyambung pengajian dalam bidang TVET di Institusi TVET di bawah KPLB.

“Program TVET@KPLB yang dianjurkan menyasarka­n peningkata­n pendaftara­n pelajar di semua institusi pendidikan TVET@KPLB setiap tahun serta kebolehpas­aran graduan TVET melebihi 86.7 peratus pada tahun 2025 selaras dengan sasaran KPI Nasional yang ditetapkan. Sehingga 31 Mac 2022, jumlah pelatih di institusi TVET@KPLB adalah sebanyak 48,475 pelajar.

“Institusi Pendidikan TVET@KPLB berupaya melahirkan graduan yang berkualiti mengikut kehendak pasaran kerja dan seterusnya menawarkan peluang masa depan yang cerah kepada para pelajar dan belia untuk mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang kerjaya berpendapa­tan tinggi ataupun menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Mahdzir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia