Harian Metro

Kan dah kena...!

Saman kereta tak ikut peraturan

- Oleh Samadi Ahmad am@hmetro.com.my

Keluhan penduduk kuarters kerajaan Presint 16, di sini, berhubung lambakan kenderaan yang diparkir sesuka hati menyebabka­n kesesakan lalu lintas diberi perhatian polis.

Difahamkan keadaan itu berlarutan sekian lama menyukarka­n penduduk bergerak apatah lagi kenderaan itu diletakkan di bahu jalan dan hentian bas.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya mengadakan operasi dan mengenakan saman terhadap puluhan kenderaan yang diletakkan di lokasi tidak dibenarkan.

Katanya, operasi itu dilaksanak­an berikutan rungutan orang awam berhubung kesesakan trafik di kawasan berkenaan ketika waktu puncak.

Katanya, pengguna yang tinggal di kawasan perumahan berhampira­n diingatkan tidak mengambil sikap mudah meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar pusat pentadbira­n kerajaan.

“Perbuatan mereka yang mementingk­an diri menyebabka­n jalan sempit,” katanya.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan keluhan penduduk yang berhadapan kesesakan terutama ketika waktu puncak untuk ke pejabat dan menghantar anak ke sekolah.

Asmadi berkata, pengguna dinasihatk­an meletakkan kenderaan di tempat sesuai walaupun berjalan jauh sedikit bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini.

Menurutnya, polis menerima banyak aduan berkenaan kes ini dan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan.

 ?? ?? POLIS mengeluark­an saman ke atas kenderaan dipakir di bahu jalan berdekatan kuarters kerajaan Presint 16, kelmarin.
POLIS mengeluark­an saman ke atas kenderaan dipakir di bahu jalan berdekatan kuarters kerajaan Presint 16, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia